Hujahan boleh dibuat secara lisan mahupun bertulis. Cuma saya biasakan semua hujahan saya adalah bertulis walaupun arahan mahkamah agar hujahan dibuat secara lisan, maka skeletal mahupun rangka hujahan lisan akan disediakan.
Hujahan Bertulis adalah amat baik dan pilihan tepat bagi lawyer yang rajin. Maka saya nak klasifikasikan saya antara kalangan yang rajin tanpa prejudis kepada lawyer yang lebih rajin.
Hujahan Bertulis ini juga bagus untuk kesenangan rujukan pihak mahkamah malah menjimatkan masa Mahkamah yang Mulia dalam menyalin dan menulis apa yang dihujahkan oleh kita secara lisan. Apa pun yang paling konkrit alasannya, kalau permohonan atau kes ditolak maka hujahan bertulis kita adalah lengkap dan senang rujuk tanpa kehilangan hujah asal dalam masa yang sama diangkat sebagai Nota Keterangan (sebab baca balik?)
Hujahan adalah satu peringkat yang amat penting dalam satu-satu tahap. Kalau dalam perbicaraan penuh maka ada tahap hujahannya. Kalau permohonan, maka masa bicaranya. Tahap ini amat penting kerana perlunya kemahiran menggulungkan pernyataan dan fakta yang wujud melalui keterangan secara lisan mahupun dokumentari atau melalui affidavit bagi apa jua permohonan.
Pergulungan hujahan ini akan dibuat dalam bentuk fakta, isu dan perundangan. Samada ia diasingkan ataupun dihujahkan secara serentak. Ikut suka hati Tuan Peguam la... asalkan matlamatnya sampai. Matlamatnya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk menghujahkan agar keyakinan kes tersebut memihak kepada pihak Penghujah samada Plaintif mahupun Defendan. Baik Pemohon dan Responden atau Pembelaan atau Pendakwaan.
Minggu ini ada 4 hujahan perlu disiapkan dan dihujahkan di Mahkamah, 2 sudah siap. Masih ada berbaki 2 lagi, malas sungguh nak membaca Nota Keterangan. Tebal sangat...
Terima kasih... tangan mahu rehat sekejap.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..