Wednesday, June 3, 2009

Penipu Menggunakan Firma dan Nama Hisham Nazir Untuk Menipu



From:fifi chai (swing_pack@hotmail.com)
Medium riskYou may not know this sender.Mark as safe|Mark as junk
Sent:Tuesday, 2 Jun, 2009 3: 35 PM
To:nhishamco@hotmail.com
Mr Hisham

today i received a letter from (
hisham_nazir@hotmail.com) which says about
Mr Martin Χαϊμανη who died on the 11th November 2006 by heart attack.
this man says that i am next of kin of Mr. Martin and that he left behind some money.

please let me know if this is a joke or its true.

thank you for your attention

best regards

Itu antara daripada 7-9 email yang diterima pada pagi tadi yang mengatakan saya melalui firma guaman saya ada menwakili seorang warga asing yang meninggalkan wang jutaan ringgit kepada seorang penerima benefisiari (penerima email) yang mana perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan wang tersebut.

Nasib baik kebanyakkan mereka mengemailkan saya mengenai perkara tersebut, maka tahu lah juga saya mengenai perkara ini. Perkara ini sememangnya dah lama berlaku dan berlarutan tanpa sudah di internet ini.

Email scam yang isi kandungan sebegini dah mula diedarkan kepada orang ramai bagi tujuan menipu dan dikatakan banyak dibuat oleh rakyat asiing terutama bangsa afrika berdasarkan beberapa kes penipuan sebelumnya. Tapi ini tidak menjadikan penipuan ini ada dibuat oleh bangsa lain juga.

Cuma ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah mempunyai apa jua klien yang meletakkan saya sebagai pelaksana wasiat mereka setakat ini kerana adalah lebih baik pelaksana dilantik daripada kalangan keluarga mereka.

Malah saya juga tidak pernah mempunyai email hisham_nazir@hotmail.com yang dikatakan didaftarkan atau dihantar oleh saya. Berhati-hati.

Malah penggunaan nama peguam di Malaysia telah menjadi pilihan mereka kerana faktor geografi dan budaya serta nama baik peguam dan masyarakat Malaysia itu sendiri. Sila rujuk: http://cellbiol.com/netwatch/nigeria/BBS/posts/4362.html

Terima kasih

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►