Tuesday, March 17, 2009

Kasih Seorang Ayah & Suami Melangkaui Batas Kewarasan Manusia

"Kehadapan Pat (Bekas Isteri),
Saya terlampau sayangkan kamu dan anak-anak. Tiada masa yang berlalu tanpa memikirkan kebajikan mereka.........."

Semalam saya melihat bagaimana satu kisah cubaan rampasan terhadap kapal terbang dibuat. Namun apa yang menarik semalam, rampasan yang cuba dibuat adalah satu kisah rampasan kapa terbang pertama dilakukan oleh kakitangannya sendiri.

Rampasan tersebut cuba dibuat oleh seorang pakar senibeladiri dan juga pakar pemandu jet pejuang tentera yang kini bertugas dengan FedEx Express selaku juruterbang kemudian ditukarkan selaku jurutera penerbangan. Beliau dikenali sebagai Auburn Calloway seorang berbangsa afrika amerika.

Dalam cubaan tersebut, beliau terpaksa melawan 3 kakitangan yang lain iaitu juruterbang, pembantunya dan juga jurutera penerbangan.

Kehadiran Auburn dalam penerbangan FedEx 705 hanyalah sebagai penumpang sahaja yang dikenali sebagai Jumper Seater.

Namun apa yang ingin dikongsikan ialah bagaimana kewarasan Auburn hilang dan merancang satu episod membunuh diri yang tragis dengan menjunamkan FedEx 705 bersama 3 kakitangan yang lain.

Auburn yang mempunyai perbicaraan tata tertib di peringkat dalaman bimbang mengenai kerjayanya dan bukan kerana bersifat individu tetapi bimbang kehilangan kerjaya dalam umur 42 tahun akan memberi kesan kepada bapa penyayang ini untuk menampung anak-anak beliau yang kini tinggal bersama ibu mereka yang juga bekas isteri Auburn.

Auburn merancang rapi termasuk persediaan senjata yang tidak mengaitkan beliau kepada apa-apa rampasan sebelum melaksanakan rancangan tersebut. Beliau berharap dengan menjunamkan FedEx 705, beliau dianggap meninggal semasa bertugas dan imbuhan insuran nyawa sebanyak USD2.5 juta akan memberikan harapan baru kepada kehidupan anak-anak beliau.

Malangnya, cubaan tersebut gagal walaupun ketiga-tiga kakitangan lain dalam keadaan kritikal kerana bergelut dengan Auburn. Auburn yang menggunakan pembelaan tidak siuman tidak diterima oleh jemaah juri dan telah dihukum penjara seumur hidup.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►