Thursday, January 22, 2009

Kematian Kugan: Nama Baik Polis Tercemar

Kita dikejutkan lagi dengan kematian Kugan seorang tahanan reman polis di Balai Polis USJ 8 yang mana dikatakan mati di dalam tahanan. Pihak Polis Selangor melalui Ketua Polis, Datuk Khalid menyatakan bahawa kematian adalah disebabkan masalah pernafasan atau asma.

Bagaimanapun kesan lebam, lecur dan luka yang amat mengerikan itu menunjukkan bahawa pihak polis tidak pernah memberhentikan kaedah menyiksa tahanan mereka tanpa mementingkan keadilan. Tidak salah untuk mendapatkan maklumat tetapi melalui siksaan dan kekejaman melalui body contact adalah amat tidak bertamadun. Hari ini depa kena, esok lusa kita kena. Dendam takkan habis dan layanan sebegini akan terus melahirkan penjenayah tegar.

Kekadang masa tahanan sebegini, ada anggota polis mengambil mudah dan ini lah masa menunjuk jantan kepada tahanan yang bergari dan tidak berdaya. Malah ada yang terlibat adalah anggota yang tidak terlibat dengan kes tersebut dan amat sukaria untuk turut serta.

Polis tidak jahat malah kerja mereka adalah amat baik. Tetapi sebagaimana kerjaya lain, sekiranya iman tidak memandu hati dalam bekerja, maka ia bukanlah ibadah. Soal haram dan halal wang hasil kerja bukan kepakaran aku.

Sikap dan keganasan polis sebegini membuatkan rakyat semakin meluat dengan pihak polis malah memberikan kesan yang negatif kepada semua anggota polis walaupun masih ramai di luar sana anggota polis yang jujur dan amat baik tingkah lakunya. Yang masih mampu dilihat bersembahyang berjemaah dengan lengkap berseragam. Tetapi imej sebegini terus menerus melenyapkan identiti polis Malaysia yang mesra dan berhemah.

Gambar dan berita penuh boleh dirujuk di sini

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►