Thursday, January 8, 2009

Apa kata hati anda?

.
" Berikanlah kami kedamaian atau beri kami timah dengan belerang, biar kami tempa senjata kami sendiri, senjata berkalimah.."

Sebelum gambar tersebut dipaparkan di Berita Hairan 2 hari yang lepas, aku dah lihat gambar yang sama di internet malam sebelumnya. Sebak dan amat sayu hati kawe melihat raungan seorang lelaki yang bergelar bapa terhadap kematian 3 orang anak beliau tanpa sebab mahupun kudrat untuk melawan si yahudi. Tetapi insan yang tidak bersalah itu tetap pergi meninggalkan kita.

Si bapa hanya mampu meratap dan mendoakan agar kematian 3 anak itu akan digantikan dengan ribuan anak yang bercita-cita syahid di tangan yahudi daripada mati berselimutkan diri.

Seperti biasa, tengahari aku akan minum air kelapa kat abang Mior di depan pejabat aku. Terpandang Berita Hairan yang memaparkan gambar tersebut. Hati ini tiba-tiba hati ini lebih sebak dan sayu, air mata mula mengalir laju. Lebih emosi daripada malam semalamnya.

Abang Mior meletakkan kelapa dan air yang telah siap dalam kole di tepi aku sambil menepuk bahu aku. "aku paham!" dia katakan pada aku dan terus berlalu ke arah 2 ekor monyetnya. Aku cuma senyum ke arahnya tetapi masih tak faham kata-katanya.

Cuma aku sedar, air mataku gugur bukan kerana mereka seagamaku, tetapi sifat kebapaan meruntun hati aku apabila melihat bagaimana seorang bapa melihat kematian anak-anaknya terutama yang masih kecil. Keadaannya memilukan bila mulut terbuka. Mungkin ayat terakhirnya doa. Mungkin ayat terakhir anak kecil itu "Allahuakbar!". Biar manapun, sekecil itu seolah tidak mati tanpa berjuang. Doa dan laungan serta kematiannya akan terus hidup bagi peringatan kepada yang masih hidup, apa yang telah kita buat?

Sedar tak sedar setiap detik dan masa kita berjalan, kita terus menyokong produk yahudi dan terus dan tetap menyokong. Sampai bila?

Apa kata hati anda?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►