Thursday, November 27, 2008

Disiplin seorang Peguam

Satu benda biasa berlaku di kalangan peguam apabila masing-masing tersalah tarikh kehadiran ke Mahkamah. Apabila banyak fail-fail litigasi (jenayah & Sivil) yang di jalankan oleh seorang peguam maka kekadang tarikh menjadi tunggang terbalik. Kalau diikutkan logik, kerja masukkan dan menandakan tarikh adalah antara kerja yang senang tetapi tanpa disiplin melaksanakannya, kecoh dibuatnya. Di sini disiplin peguam juga tercabar. Bukan tercabar atas kerja-kerja kemaskini diari tetapi tercabar apabila keadaan kelam kabut.

Mungkin kerja seminit yang dilengahkan itu akan menjadi serumit yang amat seperti terpaksa menyelongkar kembali fail-fail lama dan mengambil masa berhari-hari. Kan itu banyak merugikan masa.

Semalam kawe tersalah tarikh juga tetapi menjadi amalan kawe, semua tarikh masuk diari, ditandakan di fail dan dikemaskinikan di dalam senarai kausa kawe di laman web firma guaman kawe. Untuk melakukan kesilapan tarikh amat tipis.

Dua hari lepas haru biru sikit sebab semalam saya terpaksa hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur gara-gara terlupa menandakan tarikh seperti biasa. Ia cuma penangguhan singkat oleh pihak Mahkamah sendiri. Bukan terlupa secara total, cuma tersilap tafsir nama anakguam apabila terdapat 2 nama anakguam yang sama. Nasib baik tidak salah fail dibawanya. Itu lagi nasib baik apabila kawe selalu tengok fail terutama yang ada kerja-kerja hujahan dan sebagainya yang perlu disiapkan.

Macam biasa, kawe hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur seawal jam 7.30 pagi. Orang kerajaan masih belum punch card, kawe dah tercegat di kafe Mahkamah Jalan Duta, melihat gelagat kakitangan kerajaan serta melayan hidung tinggi anak-anak muda yang akan di long call kan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari itu.

Mahkamah mula dibuka jam 8.45 pagi dan setelah merekod nama dan menghubungi peguamPlaintif, kawe dimaklumkan bahawa beliau masih di rumah beliau di hujung negeri Selangor. Jam 9.10 pagi masih di rumah?

Itu pun kawe dimaklumkan bahawa beliau hanya akan sampai pada jam 9.45 -10.00 pagi. Takan lah kawe mahu tunggu semua itu. lebih-lebih lagi kalau dah tercegat awal di sini. Lagipun jam 9.30 pagi kawe sepatutnya tercegat di pintu besar Penjara Sungai Buloh untuk lawatan rutin kawe ke atas anak-anak guam kawe yang direman di sana.

Susahkah nak disiplinkan masa? Ini belum masuk disiplin lain. Peguam! Peguam!

Kawe tinggalkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9.30 pagi dengan akujanji peguam Plaintif akan menyebut bagi pihak kawe walaupun nama telah direkodkan seawal jam 8.45 pagi. Jam 10.20 pagi kawe mula memasukki Penjara Sungai Buloh. Tiada apa jua nota untuk Hisham Nazir & Co pada hari ini. Terima kasih!

Shams
013-930 7961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►