Wednesday, September 28, 2022

[1287.22] PEMBUKTIAN INTI PATI KESALAHAN SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN (KESALAHAN MEMBUNUH ORANG)


Seksyen 300 Kanun Keseksaan telah memperuntukkan bahawa kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan orang dengan salah ialah membunuh orang merangkumi keadaan pertamanya, perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian, keduanya, perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan sesuatu bencana tubuh yang pesalah itu ketahui mungkin menyebabkan kematian orang yang dikenakan bencana itu, ketiga, jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada seseorang dan bencana tubuh yang dimaksud hendak dikenakan adalah cukup pada lazimnya, bagi menyebabkan kematian atau orang yang melakukan perbuatan itu ketahui bahawa perbuatan itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematian dan ia melakukan perbuatan itu dengan tiada apa-apa sebab bagi mendatangkan bahaya menyebabkan kematian atau bencana sebagaimana tersebut.
Maka, elemen yang perlu dibuktikan dalam memastikan wujudnya satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesalahan membunuh adalah pertama, dengan membuktikan mangsa telah meninggal dunia, kedua, membuktikan bahawa kematian mangsa adalah akibat daripada kecederaan yang dialami oleh si mati, ketiga, kecederaan yang dialami si mati adalah akibat daripada perbuatan tertuduh dan akhir sekali, dalam keadaan mencederakan si mati, tertuduh telah dengan niat mencederakan tubuh badan si mati dan kecederaan pada tubuh badan si mati adalah memadai dalam keadaan biasa akan menyebabkan kematian.
gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►