Tuesday, September 13, 2022

[1278.22] UJIAN KREDIBILITI SAKSI KANAK-KANAK


Seksyen 133A Akta Keterangan telah memperuntukkan dengan jelas berkaitan ujian kredibiliti saksi kanak-kanak terhadap mangsa yang perlu dijalankan ke atas saksi kanak-kanak yang telah dikemukakan di Mahkamah bagi memberikan keterangan. Setelah ujian sewajarnya dibuat dan Hakim bicara telah berpuashati bahawa mangsa cukup akal bagi membolehkan keterangannya diterima dan memahami kewajipan bercakap benar dan boleh memberi keterangan secara bersumpah, maka, kehendak peruntukan s 133A Akta Keterangan 1950 telah dipatuhi sewajarnya.
Seksyen 133A menyatakan bahawa jika dalam suatu prosiding dan saksi kanak-kanak dikemukakan terhadap seseorang yang melakukan kesalahan, maka, jika Mahkamah berpendapat bahawa saksi kanak-kanak tersebut tidak memahami apa sebenarnya suatu sumpah, maka, keterangannya boleh diterima walaupun diberi keterangan tersebut walaupun tanpa mengangkat sumpah.
Namun, jika Mahkamah berpendapat bahawa saksi kanak-kanak terssebut telah cukup akal bagi membolehkan keterangannya di Mahkamah diterima dan saksi tersebut faham akan kewajipan bercakap benar, maka, keterangan tersebut boleh diambilkira dan dituliskan selaras dengan Seksyen 269 Kanun Tatacara Jenayah walaupun tanpa mengangkat sumpah, dan dikira sebagai suatu deposisi. Namun, ia perlu disertakan dengan syarat bahawa jika keterangan yang diterima menurut seksyen ini diberi bagi pihak pendakwaan, tertuduh tidak boleh disabitkan atas kesalahan itu melainkan jika keterangan itu disokong dengan keterangan-keterangan material lain yang menyokong keterangan tersebut dan melibatkannya.
Gambar sekadar hiasan
Izatul Nabila
0169647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►