Friday, August 12, 2022

[1239.22] JENAYAH SYARIAH MELIBATKAN JUDI


Seksyen 17 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 memperuntukkan bahawa berjudi adalah menjadi suatu kesalahan apabila didapati mana-mana individu didapati berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Namun, jika terdapat keadaan bahawa individu tersebut berada di tempat judi dan dapat memuaskan hati Mahkamah tidak mempunyai sebarang pengetahuan akan aktiviti judi yang dijalankan di tempat tersebut, maka, individu tersebut tidak boleh disabitkan atas kesalahan di bawah Seksyen 17 tersebut.
Rumah atau tempat judi bermaksud mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup , yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya, untuk mendapat wang atau nilai wang.
Rujukan turut dibuat kepada satu kes di Kuala Terengganu, pada 20.12.2018 yang lepas, pertuduhan terhadap seorang lelaki berusia 61 tahun dari Kampung Losong Masjid, yang dikenakan hukuman denda RM2,900 kerana kesalahan judi nombor ekor, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu atas kesalahan sama buat kali kedua. Mahkamah memerintahkan hukuman denda maksimum RM3,000 dan sebulan penjara. Tidak cukup dengan itu, Mahkamah memutuskan hukuman sebulan penjara bagi lelaki tersebut yang juga merupakan seorang peniaga, sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►