Thursday, July 8, 2021

[917.21] TAFSIRAN PEMBERHENTIAN PEKERJA (RETRENCHMENT) SEBAB DAN KEADAAN YANG MEMBENARKANNYA BERLAKU.


Dalam keadaan pandemic covid-19 yang melanda, terdapat syarikat atau majikan yang terpaksa mengurangkan bilangan pekerja demi memastikan kelangsungan syarikat. Pemberhentian pekerja (retrenchment) adalah terma tepat untuk menggambarkan situasi ini.
Definisi “retrenchment” telah dinyatakan di dalam kes William Jacks & Co (M) Sdn Bhd v. S Balasingam [1996] 2 MLRA 678 yang mana memberikan hak kepada majikan untuk memberhentikan pekerja dalam usaha untuk menguruskan syarikat/perniagaannya. Majikan mempunyai hak untuk mengutamakan kepentingan syarikat/perniagaannya.
Pun begitu, ianya bukanlah jalan mudah untuk pihak majikan melakukan sedemikian rupa. Sekiranya ia dijalankan secara bona fide, maka Mahkamah Perindustrian tidak boleh untuk campur tangan. Namun, sekiranya ianya bukanlah dilakukan dengan niat yang baik, maka Mahkamah mempunyai kuasa untuk membuat penilaian semula ke atas keputusan tersebut.
Terdapat 3 persoalan yang perlu dijawab iaitu:
i. Sama ada pemberhentian tersebut adalah bertepatan dengan keadaan syarikat;
ii. Sama ada alasan pemberhentian kerja tersebut adalah benar; dan
iii. Sama ada ianya dilakukan dengan niat jahat untuk memprejudiskan pekerja.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►