Thursday, July 1, 2021

[900.21] KEPERLUAN KETERANGAN SOKONGAN DI DALAM KES JENAYAH TERHADAP SEKSUAL KANAK-KANAK

 
Tiada apa-apa peruntukan yang menyatakan bahawa keterangan sokongan adalah bersifat mandatori untuk membuktikan kes-kes jenayah seksual termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Namun, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Mahkamah untuk berhati-hati dan berwaspada dalam membuat keputusan. 

Seksyen 18 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 membenarkan Mahkamah untuk mensabitkan seseorang berdasarkan keterangan kanak-kanak semata-mata tanpa apa-apa keterangan sokongan. Pun begitu, Mahkamah perlu untuk menilai kredibiliti dan kebolehpercayaan keterangan saksi kanak-kanak tersebut. 

Rujukan boleh dibuat kepada kes:
Pendakwa Raya v. Mohd Fazle Omar [2019] 
PP v. Mardai [1949] 
Din v. PP [1964]

Untuk membolehkan Mahkamah menerima keterangan kanak-kanak tanpa keterangan sokongan, keterangan yang diberikan tersebut mestilah bersifat “unusually convincing” sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes Pendakwa Raya v. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2014]

Khairunnisa Kasa 
+60109647961
Bandar Saujana Putra 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►