Thursday, July 1, 2021

[895.21] TIDAK MENCARUM KWSP.


"10 tahun lalu saya bekerja di kedai welding, dan sepanjang saya bekerja majikan tidak mencarum KWSP. Sekarang saya berniaga sendiri, pada masa yang sama ekonomi tidak stabil di sebabkan Covid-19. Kerajaan pun ada membenarkan mengeluarkn KWSP seperti i-Sinar dan i-Lestari, adakah saya boleh ambil terhadap majikan terdahulu yang menyebabkan saya tidak dapat mengeluarkan i-Sinar dan i-Lestari?"

Bukan sekadar kerana tidak dapat bantuan berkenaan tetapi caruman KWSP adalah hak mandatori yang perlu dibuat oleh majikan. Yang mana caruman daripada potongan gaji pekerja dan juga sumbangan majikan.

Jika tidak dicarum, pekerja boleh mengadu keapda KWSP dan pihak KWSP boleh mengarahkan caruman dibuat atau jika gagal, satu pendakwaan boleh dibuat kepada majikan / syarikat berkenaan.

Pastikan dalam slip gaji, dinyatakan jumlah caruman anda dan majikan. Anda boleh buat pemeriksaan sendiri melalui laman web KWSP.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►