Tuesday, June 29, 2021

[882.21] KETERANGAN DI BAWAK 112 KTJ

 
Keterangan di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah adalah keterangan yang diberikan kepada pihak polis semasa siasatan dijalankan. Keterangan di bawah seksyen ini juga akan disediakan secara bertulis dan individu yang memberikan keterangan perlu untuk menandatangani dokumen tersebut. 

Keterangan saksi di bawah seksyen ini bukanlah suatu dokumen yang berkepentingan (privileged document). Di dalam kes Pragalathan Balakrishnan v. PP [2017] MLRAU 319, Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa:

[19] If the prosecution had told the trial judge that his witness cannot now be located, the prosecution could have at least provided the S 112 CPC statement to the defence so that they could then have spme opportunity to deal with it or even introduce it into evidence if the law permitted it. In this context, this Court in Kobra Taba Seidali v. PP [2013] MLRAU 246; [2014] 2 ML 554; [2014] 2 CLJ 12 had occasion to hold that failure of the prosecution to produce the witness or hand over a copy of the witness statement to the defence to be used by the defence at the defence stage was fatal on the factual matrix of that case.  

Namun, sekalipun ianya bukanlah dokumen yang berkepentingan, dokumen ini tidak pernah dikemukakan kepada pihak pembelaan di bawah Seksyen 51A KTJ dan sekiranya pihak pembelaan memerlukan dokumen tersebut, pihak pembelaan perlu untuk mengemukakan permohonan kepada Mahkamah. 

Khairunnisa Kasa 
+6010-9647961
Kedah 06/2021

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►