Tuesday, May 18, 2021

[852.21] SALAM AIDILFITRI 2021


Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca FB page kami dan blog www.criminallawyermalaysia.com
Semoga kesilapan mahupun kekurangan kami boleh diperbaiki di masa depan dan sebarang salah faham boleh dileraikan. InsyaAllah.
Covid19 telah genap tahun kedua memberikan pelbagai permasalahan kepada kehidupan ekonomi, sosial dan perundangan Malaysia. Namun sebalik impak buruknya , terdapat banyak perkara baru yang memberikan kita sinar dalam situasi yang tidak pernah kita sangka. Semoga sabar dan bersangka baik kita diberikan ganjaran sebaiknya oleh Allah SWT.
Politik Malaysia meruncing dengan pelbagai kerenah dan isu oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang. Ini termasuk dengan isu yang disalah kepada bala Covid19. Bersabarlah. Sesungguhnya piliharaya itu pasti dan hak mengundi itu pasti. Sabarlah, nanti anda memangkah lagi. Menyanggah dan melatah tidak kemana buat masa ini.
Aqsa telah dicemari dengan tindakan sama berzaman dihujung Ramadhan ini. Kita tidak mampu apa-apa selain berdoa dan berinfak. Maka jangan henti untuk keduanya. Masih ramai sembangnya kencang ibarat mereka layak menganggotai Al Qassam. Masih ramai yang sembangnya melangit tetapi masih sanggup beratur panjang menyokong produk pro-zionis. Teruskan doa dan infak setakat mampu tanpa memadam cita-cita kepada Aqsa.
Semoga kita keluar daripada Ramadhan dengan keampunan dan rahmah Allah SWT. Sesama kita doakan agar kita disampaikan kepada Ramadhan di tahun hadapan dengan menangisi pemergiaan Ramadhan ini.
Salam Aidilfitri buat semua!


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►