Tuesday, March 2, 2021

[817.21] PROSES KES POCA & LLPK


"Saya kena POCA tahun 2019 dan sekarang kena perintah buang daerah / tahanan di Kulim Kedah. Apa saya nak buat untuk lawan perintah itu"
"Saya kena tahan bawah LLPK di bawah Penjara Batu Gajah sejak 2020 dan macamana nak proses untuk batal perintah tersebut"
Jawapan:
Jika perintah telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri maka tahanan melalui peguambelanya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi di tempat tahanan atau tempat tahanan bagi satu perintah Habeas Corpus atau semakan kehakiman.
Proses perlu dibuat dalam masa 3 bulan daripada tarikh perintah tahanan berkenaan.
Jika berdasarkan kes di atas, masa permohonan telah melebihi 3 bulan dan melebihi peruntukan Aturan 53 Kaedah Kaedah Mahkamah 2012, maka disamping permohonan di atas, perlu difailkan satu permohonan untuk memfailkan kertas kausa di atas di luar masa.
Maka ada 2 proses dan bicara perlu ditimbangkan oleh Mahkamah samada kelewatan itu bermerit dan adakah permohonan itu bermerit.
Harap dapat membantu.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►