Di Malaysia, pejalan kaki dan kenderaan bermotor termasuk basikal elektrik tidak kira sama ada beroda dua atau empat atau selebihnya di negara ini adalah terikat dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Seringkali kita dapat lihat kenderaan bermotor memandu dengan laju melepasi laluan lintasan pejalan kaki dan membunyikan hon kenderaan apabila pejalan kaki berada di atas lintasan tersebut kerana tidak memberi laluan kepada kenderaan mereka yang berada di atas jalan raya.
Panduan yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut:-
a) Laluan lintasan dengan JALUR PUTIH bermaksud semua jenis kenderaan harus berhenti jika terdapat pejalan kaki di tepi lintasan yang ingin melintas atau pejalan kaki yang sedang melintas.
b) Laluan lintasan dengan JALUR KUNING bermaksud sesiapa yang sampai dahulu pada jalur tersebut harus diberikan laluan iaitu jika kenderaan sampai dahulu maka pejalan kaki harus berhenti dan tunggu sehingga tiada kenderaan. Pejalan kaki dan pemandu kenderaan harus peka semasa ingin melepasi atau melintasi laluan lintasan ini.
Kesimpulannya, pemandu kenderaan harus bertimbang rasa dengan pengguna jalan raya yang lain terutamanya pejalan kaki kerana jalan raya tidak dibina untuk pemandu kenderaan sahaja.
Nota: Mood orang baru lepas accident
@annaozaimudi
Aainaa Mahirah Ozaimudi
Subang Jaya [12/2020]
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..