Wednesday, October 21, 2020

[697.20] NYAHDAFTAR PENDAFTARAN KESALAHAN JENAYAH & ORANG BANGSAT


"Kalau kita didapati bersalah dan masuk rekod jenayah. Kemudian kalau rayuan dibenarkan dan bebas kes jenayah, adakah kita masih didaftarkan kes jenayah itu"
Apabila sesuatu sabitan direkodkan oleh Mahkamah, Pendaftar/Pegawai di bawah Akta Pendaftaran Jenayah dan Orang Tidak Dikehendaki 1969 akan merekodkan melalui borang daftar dan cap jari yang disimpan melalui peruntukan undang-undang di bawah akta berkenaan.
Namun jika sekiranya ada rayuan kepada keputusan sabitan tersebut dan rayuan dibenarkan, peguambela boleh memohon Pegawai yang dilantik di bawah akta berkenaan menyerahkan semula Borang daftar dan cap jari kepada penama.
Permohonan perlu dibuat secara rasmi. Namun sekiranya rayuan atau sabitan yang diketepikan telah dimaklumkan kepada pegawai, Borang daftar dan cap jari yang dikumpulkan sebelum ini akan dilupuskan oleh pegawai sebagaimana seksyen 9 Akta berkenaan.
Tiada pemakaian dan penggunaan Borang daftar dan cap jari yang dikumpulkan oleh pegawai boleh digunakan setelah sabitan diketepikan.
Anda ada soalan? PM kami. Sila LIKE & SHARE


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►