Monday, June 15, 2020

[𝟲𝟯𝟭.𝟮𝟬] 𝗗𝗘𝗥𝗔𝗙 𝗔𝗚𝗥𝗘𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗚𝗢𝗢𝗚𝗟𝗘


Alah, #agreement ni berlambak kat pejabat lawyer. Kenapa lawyer nak charge mahal-mahal?
Sebagai #peguam, kami kena sentiasa update precedent perjanjian melalui dokumentasi, seminar dan sebagainya.
Perjanjian yg baik, harganya mahal. Precedent #perjanjian yg dimuatkan dalam pendrive kami beli dalam harga RM3000.00 sehingga RM5000.00.
Kerja drafting masih sukar dan perlu penelitian jika mahukan hasil terbaik.
Kerja lepas perkhidmatan seperti #saksi di Mahkamah dan terlibat dalam masalah kontrak pertikaian antara pihak- pihak dan risiko #kecuaian adalah terbuka. Ramai peguam tidak beri kerjasama apabila berlaku sesuatu perkara terhadap kontrak apabila fee tidak ikut skala fee sebagaimana perundangan.
Drafting dan conveyancing antara banyak melibatkan kecuaian, maka insurans tahunan peguam sebegini adalah tinggi. Kebanyakannya mesti mempunyai premium atas pada RM10juta.
Kalau nak murah, #google pun boleh. Ada masalah kemudian hari, rugi lebih banyak pada litigasi di Mahkamah, masa itu peguam macam saya pula pening kepala dengan anda.
"Aiman tidak kisah"
𝗡𝗼𝘁𝗮: Gambar di Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan. 'Lead Counsel' di hadapan Arwah Ketua Hakim Syarie Kelantan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►