Wednesday, May 13, 2020

[596.20] TAWARAN UNTUK SELESAI (OFFER TO SETTLE) DI DALAM TUNTUTAN SIVIL


Tawaran untuk #selesai merupakan salah satu kaedah penyelesaian sekiranya berlaku apa-apa #tuntutan atau tindakan sivil di mahkamah. Kaedah ini diperuntukkkan di bawah Aturan 22B Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Antara kelebihan #tawaran ini adalah pihak-pihak di dalam sesuatu tindakan tersebut dapat menjimatkan masa serta kos. Pihak-pihak juga boleh untuk mencapai kata sepakat atau suatu jumlah tuntutan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kaedah ini dimulakan dengan pemfailan Borang 34 untuk menyatakan tawaran penyelesaian tersebut.
Pihak yang terlibat mempunyai pilihan sama ada untuk menerima atau tidak tawaran tersebut. Sekiranya tawaran tersebut diterima, maka tuntutan sivil tersebut dianggap selesai.
Walaubagaimanapun, kegagalan untuk memenuhi terma atau syarat tawaran tersebut akan memberikan impak negatif termasuklah pembatalan tawaran untuk selesai tersebut. Apabila tawaran tersebut dibatalkan, maka prosiding bagi tindakan #sivil tersebut akan diteruskan seolah-olah tiada sebarang tawaran untuk selesai pernah dibuat.
Tawaran untuk selesai ini merupakan salah satu kaedah yang akan memberikan peluang kepada pihak-pihak untuk mencapai kata sepakat tanpa campur tangan mahkamah. Ianya tidak terhad kepada penyelesaian berbentuk wang semata-mata.
Penyelesaian juga boleh dibuat di hadapan Mahkamah dengan minitkan Penghakiman Persetujuan dengan terma-terma yang dipersetujui.
Jika diselesaikan diluar Mahkamah, satu permohonan untuk batalkan tuntutan dan perintah pembatalan tanpa kebebasan memfailkan semula boleh dibuat.
Walaubagaimanapun, ianya masih bergantung kepada fakta kes bagi sesuatu tindakan tersebut dalam memastikan kaedah terbaik bagi penyelesaian sesuatu tindakan guaman.
@Keyron Nisa
[2020]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►