Thursday, December 5, 2019

[491.19] Penolong Pengarah JPN dan 5 individu didakwa terlibat sindiket jual MyKad





GEORGE TOWN: Seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang antara enam individu yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Jenayah Georgetown atas 32 pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.
Mohd. Faizul Arifin, 34, berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Turut didakwa dibawah seksyen sama ialah lima individu iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56, Mohd Faizal Tan Abdullah 66, Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai ,36 dan Loh Chan Cheong,34.
Kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Norsalha Hamzah di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 .

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►