"DIA ANAK YANG BAIK"
Mendengar seorang tua bercerita tentang anak lelakinya. Anaknya amat baik. Pelajar baik. Tunangan baik. Pekerja yg baik. Saya percaya setiap kebaikan anak itu. Kerana saya telah temuinya.
Pahit jerih kebaikan dididik ibunya dalam keperitan hidup menjual di tepi jalan bagi membesarkan anak-anak. Anaknya itu hanya terpisah beberapa tahun daripada pandangan ibunya kerana bekerja di ibu kota.
Anak sulongnya ini baru dijatuhkan hukuman mati kerana mengedar dadah. Melibatkan ganja yg hanya bernilai RM4-5k.
Ketika ini baru kita sedar bebelan ibu ayah agar pandai memilih kawan. Jangan berkawan dengan itu dan ini.
Semoga kami diberikan kebaikan kepada semua yg membaca. Berkawan biar berpada. Jangan tamak haloba. Dekatkan kepada Allah SWT.
Wallahuallam.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..