Saturday, May 25, 2019

[373.19] ATTACHMENT STUDENT


ATTACHMENT STUDENT
Kami menerima banyak permohonan untuk #Attachment Student (apa disebut dalam bahasa?) Ada yang kami jawab, ada yang terlalu meleret yang malas kami nak jawab. Ini kami jawab secara pukal.
Pihak firma kami mengalukan mana-mana mahasiswa yang mahu melakukan #praktikal di firma kami. Tetapi perlu diingatkan bahawa, PERTAMA, ini sekadar tanggungjawab sosial kami dalam memenuhi kehendak Universiti untuk pelajar-pelajarnya.
KEDUA, kami tidak memberikan keutamaan kepada mana-mana #pelajardan layanan samarata.
KETIGA, Kami hanya menerima tidak lebih 2 orang pelajar pada satu-satu masa atas faktor kebaikan kepada pelajar sendiri.
KEEMPAT, tiada #temuduga atau pemilihan khusus ditetapkan. Siapa cepat dia dapat. Kena book masa praktikal anda untuk pastikan tempat.
KELIMA, tiada gaji (salary) atau elaun diberikan. Tetapi atas budibicara firma, mungkin ada sedikit token. Ramai yang memohon nak jadi pelajar praktikal tetapi mohon 'gaji' sehingga RM2500. Kami rasa pelik!
KEENAM, waktu #kehadiran #praktikal adalah sebagaimana waktu pejabat.
KETUJUH, anda dilayan macam pelajar dan diajar tentang apa yang perlu. Anda boleh ikuti kerja guaman termasuk kehadiran ke #Mahkamah#penjara dan mana-mana tempat yang diberikan kebenaran kepada anda untuk akses.
Terima kasih.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►