Monday, September 24, 2018

[193.18] KES SEKSUAL & CAKAP ANAK-ANAK


Kami diminta mengulas mengenainya. Pertama, kami ingin bertanya adakah yang memberi komen dan share ini tahu fakta kes ini? sudah tentu tidak. Jadi faktanya ada dua perkara iaitu kita komen dan share dengan pelbagai tuduhan kepada pusat tahfiz berkenaan, mudirnya, sekolah agama dan pelbagai yang terbabit tanpa tahu fakta.
Kedua, daripada penulisan @syed azmi juga jelas bahawa beliau copy paste tanpa mengetahui keesahan cerita daripada individu yang tidak dikenali itu dan juga tindakan daripada pihak polis.
Kita share dan kini mengundang pelbagai persepsi awam kepada golongan agamawan dan sekolah tahfiz berdasarkan satu cerita yang tidak bernama. Kami tidak berminat untuk membincangkan isu dosa pahala. Semua dah besar panjang.
Kami nak utarakan sedikit pengalaman mengendalikan kes perundangan berkaitan seksual di kalangan kanak-kanak. Bukan sudut perundangan tetapi sosialnya. Supaya sesama kita kenali di zaman mana kita berada.
Kes seksual adalah satu kes dan pertuduhan yang licik kerana pembuktiannya adalah sukar selain bergantung kepada keterangan lisan sahaja. Jarang bantuan DNA diterima. Malah polis dalam banyak kes memutuskan untuk tidak menggunakan pemeriksaan forensik atas beberapa alasan sedangkan usaha itu penting. Setidaknya kepada pendakwaan, ia penting kepada pembelaan.
Antara apa di dalam minda manusia yang kekadang di minda Hakim dan Pendakwaan ialah;
"Takkan budak nak naya OKT"
"Kalau takde angin masakan bergoyang"
Sedangkan beban di pihak pendakwaan dan sememangnya zaman ini kita tersilap satu perkara. Kita melihat situasi semasa dengan perbandingan zaman kita. Itu salah.
Pengalaman ini sebegini - Kami katakan, rogol kanak-kanak di masa ini hampir tiada. Yang ada zina. Kesian buat lelaki, sebab hanya mereka yang kena tuduh di mahkamah atas kesalahan rogol. Perempuan itu dikatakan mangsa sahaja. Dalam Islam memang tak adil lah.
Bila disembang kahwin perogol, ramai membantah. Mereka hanya menukar perkataan. Bukan kahwin perogol tapi kahwin penzina berdua.
Kanak-kanak perempuan tidak patut disalahkan kerana masih 'budak'. Tetapi lelaki yang 'budak' juga dikenakan tuduhan.
Kami katakan kanak-kanak seawal darjah 4 boleh ceritakan adegan seksual dengan penuh dan teliti serta terperinci adalah amat banyak. Malah seusia itu boleh ceritakan dirogol bapa tiri atau kawan tetapi akhirnya dibuktikan masih dara. Tiada kemasukkan ke dalam vagina.
Dari mana tahunya bentuk kemaluan lelaki. Berdarahnya sebegitu bila dimasukkan. Sakitnya sedemikian. Saiz dan cara seks dilakukan.
Kalau darjah 4 pun anda hairan dan tidak percaya, bagaimana kalau dikatakan kanak-kanak seusia 5 tahun boleh cerita bagaimana seks dibuat?.
Tidak perlu dibutirkan pengalaman-pengalaman tetapi kebanyakan keterangan kanak-kanak adalah patut diragukan kecuali kita faham dan tahu bila ia berkata benar.
Banyak kes seksual berlaku di kalangan "anak-anak baik". Ibu bapa lebih mempercayai anak-anak mereka tanpa selidiki. Sebenarnya masa itu, mereka menilai anak mereka berdasarkan mereka dan keluarga mereka. "Anak saya takkan bohong" itu silap yang pertama kita selaku ahli masyarakat.
"Kanak-kanak tidak berbohong" tidak lagi terpakai di zaman ini.
Kami melihat kepada komentar-komentar yang ditulis. Kami cuma terkilan 2 perkara. Pertama kita memberikan penekanan kepada perkara yang kita sendiri tak tahu. Kedua, kita bercakap seolah pandai tanpa sedar kita tak sedar bagaimana anak-anak zaman sekarang.
Selain daripada isu berkenaan tajuk di atas, kami rasa perlunya kita mendidik diri agar tidak terlalu mudah menyebarkan berita sebegini terutama tidak bernama. Selain mereka tidak mempunyai peluang untuk membela diri, kesannya kepada persepsi awam kepada institusi tahfiz dan agamawan.
Kita serahkan siasatan kepada polis. Serahkan bicara kepada Mahkamah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►