Thursday, August 23, 2018

[173.18] KERJA KAUNSEL DI HARI MINGGU


Masih ada 3 hujahan kes melibatkan hukuman gantung untuk touch up dan diperbetulkan bagi rakan yg melantik saya jadi kaunsel.

Terima kasih atas kepercayaan rakan-rakan yang sudi ambil saya jadi kaunsel dalam kes jenayah mereka. Saya tidak pandai tapi kita share apa yg ada. Sesambil saya bekerja, anda belajar sesuatu praktikal. Mungkin selepas ini, khidmat saya tidak diperlukan lagi. Saya berbangga untuk itu.

Ada 2 hujahan untuk diperhalusi bagi Bicara/Hujahan esok. Kes sendiri.

Masih ada 2 saman dan pernyataan tuntutan serta 3 permohonan termasuk injunksi untuk difailkan sebelum raya aidiladha. Serta beberapa surat untuk dikeluarkan.

Hari minggu kalau tidak bekerja di luar kawasan, saya mmg bekerja dipejabat saya atau home office saya. 
Cuma minggu ini kerja sakan sikit. Harap payment rezeki pun okay la.

Saya mention sebegini supaya orang awam faham, kerja banyak tidak semestinya banyak masuk. Tapi rezeki lebih boleh dikongsi-kongsi. Jalannya banyak, kebarangkaliannya banyak rezeki.

Jadi peguam bukan setakat nak yakinkan diri dan orang lain. Akar tubuh kena kuat. Buat terbaik untuk klien. Teringat kat bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dia marah sikit saya. Tersiratnya, "udah-udah la submit"

Saya boleh 'bebel" dia dengan ayat "may I proceed my Lord?".. Takkan dia nak kata "No". Saya pun tambah lagi 20 minit.

Okaylah nak sambung baca kes law bab bunuh. Kes-kes terbaru banyak menarik tetapi bila masuk judgment, semua nampak macam skrip tak habis tulis.

Okay, bye!
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►