Monday, August 13, 2018

[166.18] JANGAN MUDAH MENILAI KEADAAN






















 





















Kekadang bila kita rasa lapang, masa tu akan dijadikan sibuk. Bila masa tu rasa tenang, masa tu la nak jadi kucar kacir.
Pendek kata, tak tahu apa nak jadi didepan. Redha je la.
Semalam sambung bicara lagi bagi kes kedua minggu ini dan alhamdulillah selesai setelah daripada pagi sehingga jam 5 petang.
Semua happy.
Sampai seawal jam 7.45 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur yang padat dan ketat kawalan semalam atas pertuduhan baru dan pengurusan kes Bekas Perdana Menteri.
Tup-tup bila buka telefon, kecemasan terpaksa ke Majistret Putrajaya kerana SPRM maklumkan akan buat permohonan reman 7 hari ke atas 17 pengawal yang ditangkap berkenaan kes di Seri Perdana pada malam keputusan PRU14 tempohari.
Dalam perjalanan balik ke Mahkamah Kuala Lumpur, kereta pula ada masalah kecil tetapi terpaksa ditunda ke bengkel.
Nasib baik dipermudahkan prosesnya dan juga kes bicara penuh dapat diteruskan dengan baik. Peguam-peguam lawan dan hakim juga memberikan keselesaan dalam kerja semalam.
Ada juga keadaan dalam hidup ini ditunjukkan semalam bila ada yang mahu menyombong diri yang akhirnya disedarkan sendiri oleh keadaan bahawa kita patut merendah diri dan tiada hilangnya bisa dan kuasa kita untuk berbuat sedemikian.
Inilah yang dikatakan jangan awal menilai keadaan. Kita mungkin melihat negatif tetapi tidak semestinya yang berlaku sebagaimana pemahaman kita. Kita boleh dengar, lihat, hidu pelbagai tetapi tidak semestinya tafsiran keadaan adalah berdasarkan pemahaman kita. Sejauh mana pengalaman hidup untuk kita memahami semua benda.
Ada masalah kena lalui juga. Samada apa yang akan terjadi di hujungnya, redha je la. Bukan semua kita mahu kita akan dapat dalam bentuk sebagaimana dirancang.
Buat bodoh..
NOTA: Ditaip 2-3kali edit sebab dalam court.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►