Tuesday, August 7, 2018

[161.18] KLASIFIKASI KES JENAYAH SEBAGAI KES SIVIL



Sebagaimana artikel lepas, tindakan jenayah masih boleh diambil tindakan sivil ke atas pelaku bagi satu perintah restitusi atau gantirugi serta lain-lain yang dianggap munasabah dan adil.

Sekarang bagaimana klafisikasi kes oleh pihak penguatkuasa seperti polis. Apabila berlaku tindakan jenayah, orang awam akan membuat laporan polis. Tetapi ada sesetengah kes dan laporan polis tersebut tidak diambil tindakan langsung dan juga tidak diambil tindakan selepas dibuat inkuiri/siasatan.

Kenapa?
Kerana laporan anda atau kes anda diklasifikasikan sebagai kes sivil. Apabila diklasifikasikan sebagai sivil, biasanya dua perkara akan dilakukan oleh polis.

Pertama, dalam beberapa kes kecil polis akan keluarkan notis rujukan kes kepada Majistret terdekat. Pengadu boleh ke hadapan Majistret yang bertugas hari berkenaan untuk merujuk lanjut.

Kedua, Pengadu boleh menggunakan hak untuk mulakan tindakan prosiding melalui Saman atau mana-mana method yang patut di Mahkamah.

Jadi jangan cepat kutuk pihak polis itu dan ini. Mungkin tiada tindakan lanjut oleh polis adalah ekoran isu kes anda diklasifikasikan sebagai sivil dan dinasihatkan untuk memulakan prosiding sivil.

Anda masih boleh mendapatkan nasihat perundangan daripada yang mahir dan profesional seperti peguam atau ahli perundangan lain bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang laporan polis dan kes anda.

Semalam ada orang call nak minta pandangan. Tapi tanpa fakta penuh, tiada pandangan baik boleh kami berikan. Tapi daripada penceritaan, seolah kesnya diklasifikasikan sebagai sivil. 

Tiada bantuan dan pandangan peguam dimohon. Sebaliknya berkeras dan bertegang urat menyatakan repotnya adalah kes jenayah atas pandangannya sendiri.

Ingin ditegaskan, ia boleh jadi jenayah atau sivil atau boleh diambil tindakan keduanya. Tetapi fakta perlu diteliti dan bukan pada pandangan pengadu sendiri sahaja. 

Polis pun rasanya takut kepada tindakan perundangan dan "kuasa viral" sekiranya mereka tidak membuat tindakan sewajarnya. Jadi sudah tentu ada justifikasi kenapa sedemikian. Jangan cepat membuat kesimpulan dan bersangka buruk.

Jangan marah-marah

Artikel lain di:
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.wassap.my/60139307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►