Monday, May 14, 2018

KES DILEPASKAN ATAS TIDAK MENURUTI ARAHAN MAHKAMAH


Alhamdulilah
Klien bebas pagi ini atas teknikal yang mana pegawai penyiasat tidak memenuhi arahan tugas mahkamah untuk sediakan dokumen di bawah seksyen 51A Kanun Acara Jenayah setelah beberapa kali tarikh ditetapkan bagi tujuan tersebut.

Dalam memastikan perjalanan perbicaraan lancar dan adil, mahkamah akan memberikan arahan tegas bagi setiap kali tarikh pengurusan kes.

Kegagalan pendakwaan memenuhi arahan mahkamah membolehkan mahkamah memberikan satu perintah melepaskan tanpa membebaskan OKT.

Adalah tidak adil untuk OKT meluang masa dan menghabiskan kos berlebihan sedangkan tiada tindakan di pihak pendakwaan untuk menyegerakan kes berkenaan dan mematuhi arahan tegas mahkamah.

Perintah pelepasan tanpa pembebasan ini adalah bukan satu pembebasan mutlak kepada pertuduhan dan pendakwaan masih boleh mendakwa kembali jika perlu. Ini tidak tergolong dalam isu double jeopardy.

Artikel lain di:
www.instagram.com/hishamnazirdotcom
www.twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.com
www.hishamnazir.net
www.fb.com/criminallawyermalaysia

NOTA: Bos nak celebrate dengan float jap dan pandangan depan kolam renang. Lawyer marhaen cukup lah sambutan dengan kos rendah.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►