Friday, March 9, 2018

[065/2018] KALAU SEORANG DARIPADA TERTUDUH TIDAK HADIR, KES TIDAK BOLEH JALAN.



........................................................................

Salah. Kes boleh dijalankan oleh Mahkamah. Antara yang perlu diambilkira ialah:

MAHKAMAH BICARA: Jika gagal hadir, satu waran tangkap boleh dikeluarkan kepada yang gagal hadir. 

Tangkapan boleh dibuat dan dinafikan hak jaminan atau dinaikkan jaminannya termasuk syarat tambahan.

Sekiranya waran tangkap gagal disempurnakan, mahkamah boleh batalkan kes tetapi Tertuduh akan berada dalam 'pelarian'. Tangkapan dan pertuduhan semula boleh dilakukan. Masa ini jaminan mungkin tidak ditawarkan dan permohonan sedemikian dibenarkan untuk tidak diberikan jaminan.

Mahkamah diberikan kuasa untuk jalankan kes tanpa kehadiran tertuduh jika diperlukan dan adil berbuat sedemikian. Malah perintah dan keputusan boleh dibuat tanpa Tertuduh.

MAHKAMAH BIDANGKUASA RAYUAN: Jika gagal hadir, waran tangkap akan dikeluarkan. Tertakluk kepada notis bagi rayuan itu diserahkan.

Jika rayuan daripada Tertuduh, Notis Rayuan Tertuduh boleh dibatalkan dan sabitan dan hukuman di Mahkamah bicara akan dikekalkan.

Rayuan Tertuduh lain boleh diteruskan tanpa dilengahkan. 

Artikel lain di:
 www.hishamnazir.net
 www.hishamnazir.com
 www.instagram.com/hishamnazirdotcom
 www.twitter.com/hishamnazirco
 www.wasap.my/60139307961

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►