Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.
2. Untuk makluman YBhg Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, Akta Had Masa 1953 [Akta 254] telah diperluas pemakaiannya ke Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 27 Oktober 2017 melalui Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pemer
luasan dan Ubah Suaian Akta Had Masa 1953) 2017 [P.U. (A) 330/2017] (“Perintah tersebut”). Perintah tersebut turut memansuhkan pemakaian Ordinan Had Masa 1952 [Sabah Bab 72], dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa mulai 27 Oktober 2017.
3. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan warta naskah Perintah tersebut untuk rujukan dan simpanan pihak YBhg Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan. Maklumat lengkap, termasuk teks perundangan, boleh diakses di Portal Rasmi e-Warta Persekutuan di laman sesawangwww.federalgazette.agc.gov.my.
4. Dalam perkara yang berkaitan, sekiranya YBhg Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan memerlukan maklumat atau penjelasan lanjut berhubung perkara yang tersebut di atas, sila berhubung terus dengan pegawai-pegawai di Pejabat Penasihat Undang-Undang, Perbadanan Labuandi talian 087-408667 (En. Suhaimi Bin Sainan) dan 087-408577 (Puan Asbella Binti Mudin).
— at Hisham Nazir & Cronies.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..