Monday, December 18, 2017

KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN KES GENEVA



Mahkamah #Rayuan yang bersidang diketuai oleh Yang Arif Dato #Mokhtaruddin Baki memutuskan empat (4) pengarah syarikat #Geneva yang menjalankan urusan jualbeli dan pelaburan emas bersalah melanggari undang-undang mengambil deposit secara haram.

Mahkamah #Sesyen sebelum itu membebaskan kesemua pengarah atas pertuduhan mengambil deposit secara haram. Mahkamah #Tinggimengesahkan keputusan tersebut.

Mahkamah #Rayuan memutuskan bahawa jual beli yang berlaku di dalam syarikat berkenaan adalah tergolong dalam mengambil #deposit dan memerlukan lesen untuk membuat sedemikian. Syarikat tidak mempunyai lesen berkenaan.

Bagaimanapun #mitigasi dan hukuman ditangguhkan atas permintaan peguambela.

Tunggu keputusan bertulis untuk dapatkan isu dan rulingnya.

Apa yang menarik tentang keputusan ini ialah Mahakamah Rayuan adalah mahkamah terakhir bagi kes ini. Tetapi jika isu perundangan yang menarik dibangkitkan, mungkin kebenaran merayu atau semakan kepada Mahkamah Persekutuan akan membuka jalan.

Artikel lain di:
www.facebook.com/criminallawyermalaysia
instagram.com/hishamnazirdotcom
twitter.com/hishamnazirco
www.hishamnazir.net
www.hishamnazir.com

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►