Thursday, September 28, 2017

ADA ORANG MASALAHNYA LEBIH BESAR

ADA ORANG MASALAHNYA LEBIH BESAR

Ada orang hadapi masalah lebih besar pagi ini. Dia senyum dan redha setelah usaha gagal beberapa kali. Hadapi masalah itu dengan pelbagai usaha dan tawakkal serta doa semua di sisi.

Dengan meneruskan hidup bergantung kepada sangkaan baik kepada Tuhan sendiri. Usaha dan meneruskan apa yg mampu dilakukan sekadar apa yg ada kini.

Masih berbaki kepada satu usaha yg tinggal berbaki. Memohon ehsan daripada pendiri negeri. Jika diterima sebak rayu maka akan diampuni. Mengingati samar wajah anak dan keluarga yang ditinggalkan demi rezeki.

Penyesalan ke atas usaha buruk dalam membaiki hidup sendiri. Terus bersangka baik ini terbaik buat diri. Tuhan memberi peluang mengamati dan mendekati Maha Pembalik Hati.

3 kali dihukum mati. Tenang menghadapi. Bukan pasrah tetapi bersangka baik kpd Illahi. Mungkin ini takdir memberikan kebaikan kepada semua nanti.

Siapa kata kita ada masalah besar lagi?
 — at Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►