Tuesday, July 4, 2017

"SYARIKAT BAPAK BUAT TAPI BUKAN BAPAK KITA PUNYA"

Bekerja di hari cuti dengan beberapa meeting. Melihat beberapa hamper besar dan kecil di pejabat, rasa mood raya sudah mai. Buka FB, member dok share lagu raya. Syahdu!

Hari ini ada lagi meeting daripada liker tegar page PW. Masalah keluarga berkenaan penglibatan dalam syarikat. Walaupun ada ramai orang tak faham, orang business minded faham jelas.

Penglibatan keluarga dalam syarikat ni ramai tidak faham. Mereka fikir syer dan jawatan dalam syarikat macam sistem kedai runcit kat kampung. 

Banyak benda nak kena jelas antara tanggungjawab perundangan yg timbul dari syer dan jawatan. Bagaimana syer dipindahkan, diwarisi, dijualbeli serta tanggung untung rugi dalam syarikat yang menjurus kepada masalah perundangan semasa atau di masa depan.

Syarikat mempunyai tanggungan dan ditanggungkan dengan risiko sebagai entiti yang mana isu faraid, pengurusan, jawatan dan untung rugi perlu dibezakan daripada perniagaan biasa.

Ada istilah rampasan syarikat tetapi perlaksanaan pemilikan syer perlu diteliti dalam pembahagian faraid juga. Pengurusan juga tidak semua mampu kendalikan. Banyak kena bebel.. asalkan mereka faham. 

Sekarang damage dah berlaku. Cuma nak baiki dan kontrol damage yg ada. Isu ini berat sebab tak semua boleh kompromi pasal duit. 

Kita bincang lain kali.. Ada janji pulak!

NOTA: Banyak pula hamper dalam pejabat. Mohon maaf tidak sempat nak hantar hamper raya kepada lawyer tersohor LIn Darus Bobhasshahari Joharimawi dan Sabri Mohamad. Lepas raya kami hantar kalau tak dirobek anak

#syarikat
#syer
#faraid
#pengarah
#ceo

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►