Wednesday, May 31, 2017

SIAPA NAK RAYA SAKAN?


Saya pernah bercerita tentang page sebegini. Sekelompok manusia yang enggan menulis secara beretika apatah lagi menunjukkan entitinya.

Siapa penulisnya
Siapa Adminnya
Apa pertubuhannya
Apa kepentingannya rasminya
Dimana entitinya

Bak kata pepatah, "baling batu sorok tangan". Tapi saya suka mottonya. Firm but Fair. Setakat mana firm nya. Sejauhmana fairnya tidak pernah mampu dibuktikan.

Hanya provokasi bertulis kepada masyarakat tentang sesuatu isu yang tidak pernah boleh dibuktikan atau dihujahkan secara ilmiah.

Masyarakat perlu melihat komen yang lebih berentiti. Biarpun kita tidak senang dan setuju dengan pernyataannya, tetapi entiti kita ketahui dan boleh merujuk kepada kemahiran, kepakaran, kelayakan, kepentingan dan apa jua tindakan susulan sekiranya perlu.

Ramai individu bertanyakan page sebegini. Banyak juga syarikat berminat ingin tahu tentang nya dan bertanyakan peguam-peguam di Malaysia ini.

Siapa tahu admin atau founder page sebegini mungkin mampu beraya besar tahun ini kalau mereka maklumkan. Paling penting, anda mungkin terkejut siapa yang terlibat.

Ini semua dunia duit.

Ehem..🤣

Mesti banyak komen mention nama saya lepas ni.
— at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►