Wednesday, May 24, 2017

DOSA PERUNDANGAN BUANG BAYI.


Mereka yg buang bayi hampir kesemuanya bukan kerana ketidakmampuan kewangan tetapi anak itu lahir daripada kebodohan dan ketelanjuran #lelakidan #perempuan.

Ini jenayah kerana malu. Hanya kerana nak menjaga air muka dan nilai harga diri yang sudah zero, anak kecil menjadi mangsa dibuang ibu. 

Nampaknya pepatah "ibu mana tidak sayang anak" sudah tidak relevan lagi. Sudah besar peratusan yg tidak kisah dan tidak timbul kasih sayang melihat bayi.

Banyak sel otak merosakkan emosi dan hati apatah lagi #agama individu kerana banyak sangat makan dan terlibat dalam benda haram dan #syubahah.

Anak-anak kecil ini telah dilahirkan tanpa dosa walaupun ia lahir drpd dosa yang besar. Patut kelahiran ini menjadi batu loncatan kpd keinsafan dan bukan menyembunyikan kerana diri pelaku yg tiada harga itu.

Kerana dosa besar itu, kamu telah melakukan dosa dalam menafikan tanggungan dan hak kepada bayi itu. Antara sudut awalnya:

O Bayi itu berhak kepada nama baik tetapi maki dan hinaan kpd bayi itu diperolehinya;

O Bayi itu berhak kepada nasab, tapi kerana dosa itu dia tidak berhak dinasabkan walaupun dijaga sekalipun;

O Bayi itu ada hak kewalian untuk dijaga oleh bapa, datuk, bapa saudara, adik abangnya mahu sesiapa sahaja tapi dinafikan. Begitu haknya untuk menjadi#wali kpd adik-adiknya;

O Bayi itu patutnya ada hak pewarisan pusaka ke atas usaha dan harta ibu bapa dan susur ke atasnya. Tapi kini dinafikan;

Selain itu dosa ini boleh didakwa di bawah beberapa #Akta melibatkan Pendaftaran, kanak-kanak, kanun keseksaan dan sebagainya.

Setiap anak yg dilahirkan perlu didaftarkan. Kelahiran secara #sembunyi dan anak kecil yg dibuang akan meninggalkan kesan kepada isu#kewarganegaraan.

Tiada bukti siapa dia atau siapa yg melahirkannya. Sebab itu sebarang kejayaan tangkapan kes#buangbayi adalah satu kebaikan selain ibu/bapanya boleh dipenjara, kewarganegaraan boleh ditentukan bagi kemudahan #JKMkemudiannya.

Sekiranya tanpa maklumat itu, anak itu mungkin akan dinafikan kewarganegaraannya dan juga sebarang dokumen pengenalan tempatan. Akhirnya 'merempat' sampai ke akhir hayat.

Sekali gus menafikan haknya dalam mendapatkan kemudahan sosial, kebebasan bergerak, pendidikan dan sebagainya.

Sudahlah dibuang, mungkin hak #jagaan kpd ibu bapa #angkat juga sukar kerana identiti yang tidak diketahui.

Banyak masalah telah mereka timbulkan, ubahlah!

Ubah agar jangan mendekati #zina dan membawa kpd kelahiran bayi luar nikah.

Ubahlah agar jika ia juga terjadi, sokongan keluarga adalah perlu dan jangan terjadinya membuang bayi. Kemudiannya didik dan perbetulkan kesilapan mereka.

Kasihani lah #anak kecil itu..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►