Friday, April 7, 2017

WANITA SEBAGAI HAKIM



Dalam isu ini, terdapat 3 pandangan besar yang perlu diambilkira dalam menentukan samada wanita boleh dilantik sebagai hakim syarie atau sebaliknya.

1. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI

Secara majoriti ulamak fuqaha’ daripada mazhab utama Maliki, Hanbali, Hanafi (majoriti yang bersetuju) dan Syafie menyatakan bahawa hakim hendaklah lelaki dan menegah wanita menjawat jawatan hakim. Jika hakim wanita dilantik, pelantiknya berdosa dan penghakimannya terbatal. Dalil utama penolakan ini berasaskan dalil firman Allah SWT:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar”

(Surah an-Nisaa’ : 34)

Dan juga terdapat hadis Rasulullah daripada Nafi' bin al-Harith bin Kaldah Bin 'Amr bin Ilaj bin Abi Salamah yang menegaskan bahawa:

“Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang urusan mereka (amrahum) diketuai oleh seorang wanita.”

Rasulullah S.A.W bersabda ini adalah bersempena berita yang baginda terima bahawa Paja Parsi telah mati dan kaumnya telah melantik anak perempuannya menjadi raja.

Frasa urusan mereka (amrahum) adalah umum bagi setiap walayah, dan antaranya ialah walayah kehakiman. Ini bermaksud wanita tidak harus memegang jawatan hakim.

Tegasan jumhur ulama’, jika perempuan boleh dilantik menjadi ketua pemerintah tentulah Rasulullah S.A.W tidak menegaskan yang sesuatu kaum tidak akan berjaya jika urusan mereka di tangan wanita, sedangkan menjadi kadi juga berperanan mengetuai urusan pentadbiran dan jawatan tersebut sebahagian tugas khalifah.

Menurut Al-Imam Abul Hasan Ali bin Muhammad bin Habib Al- Bashri al-Mawardi, lelaki mempunyai kelebihan dari segi akal fikiran dan kekuatan, maka tidak harus bagi perempuan mengatasi lelaki.
Al Imam Ibrahim bin Ali bin Yusuf bin Abdullah (dikenali juga sebagai Imam Abu Ishaq As Syirazi) juga telah menjadikan hadis tersebut sebagai hujah dan menegaskan hadis itu sahih. Menurutnya tugas Hakim terpaksa bergaul dengan lelaki dalam membicarakan kes. Maka wanita tidak diharuskan bergaul sedemikian kerana dikhuatiri akan timbul fitnah.

Pandangan Al Imam Ibrahim bin Ali bin Yusuf bin Abdullah jelas berbeza dengan Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari yang merupakan guru fekah beliau semasa di Basrah.

2. BOLEH SELAIN KES-KES HUDUD DAN QISAS

Menurut pendapat Imam An-Nu`man bin Tsabit bin Zauta bin Maha At-Taymiy (Imam Abu Hanifah), wanita boleh menjadi Hakim dalam kes-kes yang ia boleh menjadi saksi dan tidak boleh dalam kes-kes yang ia tidak menjadi saksi seperti dalam kes-kes hudud dan qisas. Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim wanita tersebut berdasarkan perlantikan itu adalah sah dan berkuatkuasa dalam kes-kes selain kes-kes hudud dan qisas jika hukuman itu selaras dengan Al Quran dan Sunnah Rasulullah.

Hujah golongan yang menyetujui pendapat Mazhab Hanafi ini ialah berdasarkan qias, iaitu wanita harus menjadi saksi dalam beberapa kes. Maka wanita juga harus menjadi Hakim dalam perkara-perkara yang diharuskan ia menjadi saksi.

Pandangan ulama’ semasa iaitu pendapat Dr Yusuf Qardhawi bahawa beliau bersetuju dengan pandangan Imam An-Nu`man bin Tsabit bin Zauta bin Maha At-Taymiy (Imam Abu Hanifah) yang mengharuskan wanita menjadi Hakim dalam masalah yang mereka boleh menjadi saksi iaitu selain hudud dan qisas. Dalam ertikata kata lain, sekiranya wanita berhak dan layak menjadi saksi, maka ia berkelayakan menjadi hakim bagi hal tersebut.

Kesaksian lebih rendah martabatnya daripada kehakiman. Kesaksian lebih bersifat khusus, manakala kehakiman lebih umum. Penerimaan kesaksian daripada wanita adalah keperluan . Manakala wanita menjadi hakim adalah suatu perkara yang tiada keperluan.

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada 6 April 2006 telah memutuskan dan menggariskan bahawa harus wanita dilantik menjadi Hakim Syarie selari dengan pandangan Imam An-Nu`man bin Tsabit bin Zauta bin Maha At-Taymiy (Imam Abu Hanifah.

3. HARUS SECARA MUTLAK

Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari mengharuskan wanita menjadi Hakim secara mutlak. Ini bererti dia boleh membicarakan semua kes termasuk hudud dan qisas.

Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari melihat tujuan perlantikan Hakim ialah untuk melaksanakan keadilan yang mutlak. Oleh yang demikian jawatan hakim boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu menyelesaikan perselisihan antara pihak-pihak yang bertikaian.

Menurut beliau hadis Nafi' bin al-Harith bin Kaldah Bin 'Amr bin Ilaj bin Abi Salamah yang meriwayatkan bahawa sesuatu kaum itu tidak akan berjaya jika urusan mereka diketuai oleh wanita adalah ditujukan untuk jawatan ketua negara sahaja seperti yang ditentukan oleh nas hadis itu sendiri dan tidak ada nas yang mengaitkan wanita dengan perjawatan Hakim. Pandangan ini selari dengan Al-Hasan dan Abd ar-Rahman ibn al-Qasim al-'Utaqi.

Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm al-Andalusi juga berpendapat bahawa wanita-wanita harus dilantik menjadi Hakim kerana keperempuanan seseorang wanita tidak memberi kesan terhadap kemampuannya memahami hujah dan keterangan dan tidak menghalangnya menyelesaikan mana-mana pertikaian.

Abdul al-Utwah semasa menolak pendapat Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm al-Andalusi ini menegaskan beliau tidak dikira sebagai mujtahid yang menjadi penganjur mazhab dan ulama mengecam kerana sikapnya yang suka mengecam ulama lain dengan cara yang tidak sesuai dengan tata-susila ulama. Alasan yang digunakan oleh Abdul al-Utwah untuk menolak pendapat tersebut tidak kukuh dan layak untuk mengurangkan nilai pandangan Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa’id bin Hazm al-Andalusi.

Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari, mengharuskan wanita menjadi saksi secara mutlak. Ini bererti dia boleh membicarakan semua kes termasuk qisas dan hudud .

Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari melihat tujuan perlantikan kadi ialah untuk melaksanakan keadilan yang mutlak. Oleh yang demikian jawatan kadi boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mampu menyelesaikan segala perselisihan antara pihak-pihak yang berbalah.

Adapun kaitan-kaitan (takshsis) dilakukan oleh ulama dan tidak disetujui Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari . Ibn Hazm berpendapat bahawa wanita-wanita dilantik menjadi kadi kerana keperempuanan seseorang wanita tidak memberi kesan terhadap kemampuannya meemahami hujah dan keterangan dan tidak menghalangnya menyelesaikan perbalahan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Negeri Pahang Kali Ke-7/2012, pada 9 Oktober 2012 yang mana memutuskan dan menggariskan bahawa perlantikan hakim syarie daripada kalangan wanita adalah harus dan menegaskan hujah bahawa Ayat al-Quran Surah al-Nisa ayat 34, yang menyatakan kepimpinan lelaki ke atas wanita bukanlah nas yang qat’i mengenai larangan melantik wanita sebagai hakim. Firman Allah yang bermaksud ‘‘kerana orang lelaki telah membelanjakan ( memberi nafkah ) sebahagian harta mereka” menunjukkan bahawa ayat tersebut adalah menjurus kepada kepimpinan lelaki dalam rumahtangga iaitu tanggungjawab suami memberi nafkah. Inilah martabat yang dikurniakan oleh Allah kepada lelaki menerusi dalil:


“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. “

( Surah al-Baqarah : 228 )

Al-Imam Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Ja’afar al –Tabari berpandangan bahawa kaum lelaki adalah kerana kewajipan suami untuk memberi nafkah dan mahar kepada isterinya. Oleh itu, Allah telah melebihkan kedudukan lelaki tersebut daripada isterinya sendiri. Ini bermakna terdapat pandangan yang merujukkan kepimpinan dalam surah al-Nisa‘ ayat 34 kepada hal kekeluargaan, tidak menjangkau soal kelayakan wanita sebagai hakim.

Menurut beliau, wanita harus dilantik menjadi hakim kerana dinisbahkan tiada halangan kepada wanita untuk berijtihad dan mengeluarkan fatwa. ( Zofir al-Qasimy : 251 )
 — feeling positive at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►