Friday, April 7, 2017

TEKANAN DAN MASALAH PEGUAM


Peguam adalah individu atau firma yang berdepan dengan pelbagai masalah pihak lain. Ada kerja banking yang lebih senang dan mudah tanpa terikat dengan tekanan dan beban masalah besar kecuali lambakan fail (file volume).
Tapi bagi general litigator, pelbagai masalah adalah pelbagai aspek yang berbeza. Ada masalah kerja itu sendiri dengan pihak lain. Ada masalah antara peguam-klien baik sudut fee mahupun kesepakatan tentang satu perkara. Ada juga masalah peguam yang menimbulkan pelbagai masalah baru.
Selain daripada masalah di dalam fail yang dilaksanakan. Tekanan ditambah dengan pelbagai kerenah klien bersangkut fee guaman. Semua kata peguam sekadar memberikan khidmat air liur. Seeloknya kepada yang berpandangan sedemikian menjalankan kes mereka sendiri. Baru mereka sedar setiap pengalaman dan cara kerja menghasilkan impak berbeza.
Kekadang dalam tekanan yang tinggi, ada peguam mempunyai masalah kewangan dan dengan cara bodoh melarikan atau menggunakan wang klien yang akhirnya membabitkan isu jenayah dan personal yang membawa kepada pelbagai kemungkinan tidak terhad kepada pembabitan polis sahaja.
Menang kes pun tertekan. Kekadang saksi dan pengadu atau opponent juga tidak berpuas hati maka ditekan dalam pelbagai sudut. Peguam pula menjadi mangsa keadaan hasil kemenangan walhal kami hanya golongan profesional yang menjalankan tugasan di bawah Perkara 5 perlembagaan Malaysia yang memberikan hak dan ruang untuk dibicarakan.
Itu belum campur tekanan klien sendiri. Lebih menyakitkan tekanan kalau ditekan daripada pihak yang "kaypoocee", sedangkan klien lebih berpuashati dengan kita.
Hari ini ramai berhenti praktis hanya tekanan kerana kerja perundangan perbankan. Itu hanya bilangan dan overloaded. Bukan apa-apa lagi. Semuanya tekanan berbeza-beza.
Cabaran kerjaya dan meluaskan kerjaya adalah suatu yang memberikan cabaran tersendiri. Ia senang dan mudah jika betul jalannya. Bersederhana dan buat dengan jalan yang betul dan ikhlas. Jangan dipilih jalan singkat yang boleh memakan diri.
Nasihat kepada yang masih muda. Muda itu aset tetapi "jangan jadi bangang", bimbang 10 tahun lagi ia merugikan anda atau industri guaman.
Kami orang lama yang dah tak lama akan bersara pilihan atau wajib (mati). Kami yg tak berapa lama ni tak bangang banyak masa muda, mungkin lebih berjaya sekarang. :* Jangan kata kami tak payung!
Kami senyum!
Hisham Nazir & Cronies
Sungai Petani & Subang Jaya
+6013-9307961 | +6011-38537961
www.hishamnazir.com | net

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►