Friday, April 7, 2017

SAMAN PERKAHWINAN TIDAK JADI (KONTRAK)



Saman sivil boleh kemukakan terhadap isu perkahwinan yang tidak jadi. Ini diklasifikasikan di bawah perundangan kontrak yang mana ada tawaran dan balasan.
Masa belajar dulu-dulu ada kes klasik yang mana Si A mengembara untuk janji perkahwinan kepada Si B. Akhirnya tidak menjadi kenyataan. Situasi itu diputuskan bahawa terdapat tawaran dan balasan yang menjadikan ia sebagai kontrak. Akhirnya Si A mempunyai locus dan cause of action untuk menuntut satu gantirugi atas kemungkiran kontrak berkenaan.
Perlu diingatkan bahawa ia tidak terhad kepada wanita sahaja tetapi juga kepada lelaki.
Tetapi perlu diingat, apabila tuntutan dibuat kelak, semua dokumen adalah bersifat umum dan fakta boleh diketahui umum dan bukan lagi rahsia kecuali dalam keadaan tertentu.
Dalam beberapa situasi yang terjadi hari ini, terdapat beberapa keadaan kenapa perkahwinan dibatalkan. Antaranya;

  • Pasangan curang;
  • Pasangan berpenyakit serius;
  • Pasangan menipu;
  • Pasangan tidak suka pasangan;
Fikir elok-elok dari sudut pro dan contra sebelum bertindak. Dapatkan nasihat guaman yang baik dengan jelaskan semua fakta yang berlaku.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►