Friday, April 7, 2017

PENIPU (SCAMMER) KEHORMAT


Kita tahu penipuan cara biasa.
Tipu ada 2 cara iaitu tipu dan perdaya
Kalau tipu maknanya A tipu B
B kerugian atas apa yang ditipu oleh B
Biasanya ia menjadi isu masa dan tempoh

Kalau perdaya, B diperdayakan oleh B untuk melakukan sesuatu termasuk menyerahkan apa jua harta.
Kerugian tetap ada tetapi natur mungkin berbeza.

Bagaimana pula penipu kehormat
Penipuan kehormat ini adalah penipuan yang dihormati
Baik oleh masyarakat dan pengikutnya
Biasanya melibatkan peguambela dan peguamcara
Sebab itu saya agak kecewa biarpun peguam tidak bersalah dalam hal ini.

Penipu kehormat biasanya akan bercakap tentang agama
Baik dan buruk.
Halal dan Haram
Sensitiviti dan moral kepada sesuatu hal
Maka dia dihormati dan mempunyai pengikut tersendiri.

Sebagai contoh mudah, ada individu atau kumpulan akan berdegar mencanangkan si A adalah penipu.
Maka habis ditular (viral) satu dunia bahawa A penipu
Sedangkan tiada pendakwaan jenayah mahupun penghakiman sedemikian.
Tidak cukup, ada saluran (channel) yang memburukkan A seperti blog, Facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

Tetapi semua saluran tidak berdaftar
Anda perasan?
Tetapi semua saluran tidak mengunakan nama tetap mahupun admin tidak tentu (uncertain)
Anda perasan?

Biasanya penipuan ini menyatakan pihak lain (seperti A) sebagai penipuan.
Tetapi di mana penipuan kehormat yang saya maksudkan?

Pihak yang diburukkan (seperti A) bukan tidak boleh membawa tindakan perundangan tetapi siapa admin tetapnya.
Apa pula organisasinya jika tidak berdaftar
Maka wujudnya sedikit kesulitan pembuktian,
Tetapi kadang-kadang kesulitan ini dilonggarkan bagi kemudahan untuk diberikan respon oleh pihak yang diburukkan.

Akhirnya bila kelompongan dan sensitiviti di sentuh oleh pihak diburukkan (seperti A) terutama melalui Mahkamah, maka kita boleh lihat bagaimana kebanyakan dana akan dikutip.
Berapa kutipan? Tidak pasti
Ke mana kutipan? Tiada organisasi berdaftar maknanya nanti akaun peribadi.
Ketika ini, fee guaman pula adalah tinggi sedangkan kata semuanya pejuang kebenaran.

Perkara ini biasa terjadi dan secara peribadi saya tidak suka apabila peguam tahu dan turut serta dalam mengutip dana untuk fee guaman mereka.
Bagi saya ini satu penipuan dan pengambilan peluang secara salah.

Jika masyarakat hendak merujuk komen dan pandangan tentang penipuan atau mana-mana organisasi
Sila rujuk kepada badan pengguna berdaftar
Sila rujuk kepada penghakiman Mahkamah

Jangan sesekali merujuk kepada individu kecuali diberikan pro dan kontra (akademik) serta thiqahnya dalam tindakan.
Jangan rujuk repot polis
Jangan rujuk kata orang itu dan orang ini
Jangan rujuk kata dan tulisan yang tidak berdaftar

Saya naikkan status ini kerana yang terasa, dia faham.
Saya tidak berkompromi dengan cara anda
Fee tinggi dan kes senang menang tidak menjamin keberkatan rezeki
Tidak pula saya ada masalah kewangan walaupun tidak banyak ada wang.

Tidak perlu janji bulan bintang.
Cukup dengan redha Tuhan dan tidur yang tenang

InsyAllah.

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
www.hishamnazir.net | www.hishamnazir.com
+6013-9307961
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►