Friday, April 7, 2017

PENANDAAN EKSHIBIT DI MAHKAMAH


Ini isu kecil bagi peguambela dan peguamcara
Malah bagi klien pun kekadang sama juga
Bila di soal dan disentuh isu utama
Kemudian ditender ekshibit yang difikirkan berguna

Tender ekshibit melalui maker
Itu memang sudah jadi law
Kalau tiada maker, yang berkuasa pun boleh juga
Sebagai contoh, pegawai penyiasat kes depa
Selain maker dan pegawai penyiasat, ada lagi cara
Kalau semua pihak tiada bantahan apa-apa
Maka bolehlah ia ditandakan sebagai ekshibit seadanya

Tapi bagaimana ekshibit dan bukan nak dibeza pula
Kalau ekshibit Pemdakwaan/Plaintif disebut "P" sahaja
Kalau ekshibit Pembelaan/Defendan disebut "D" pula
Kalau antara tiga (3) cara di atas tidak boleh guna
Maka ekshibit itu tinggal "ID" selama-lama

"ID" nak dijadikan ekshibit, baru boleh diterima
Panggil sahaja maker
Kalau tak, tunggu sahaja turn pegawai penyiasatnya
Patut benda ni asas diketahui semua peguambela
Alert dan sedar penuh akan akibatnya

Tapi sekecil mana isu dia
Perkara ini saya biasa jumpa
Peguambela gagal jadikan ekshibit kes dia
Takan tak tahu kena panggil maker
Tak pun tanya sepatah dua
"Pendakwa ada bantahan ker?"

Kesannya bisa
Silap-silap klien hilang nyawa
Kena sebat kena penjara
Atas merit tidak mengapa
Kalau cuai, rasa macam serba tak kena

LIKE & SHARE OUR PAGE

Hisham Nazir & Cronies
Subang Jaya & Sungai Petani
+6013-9307961
www.hishamnazir.com | www.hishamnazir.net
 — at Hisham Nazir & Cronies.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►