Friday, April 7, 2017

KES RASUAH MELIBATKAN RM100 JUTA


"macamana kes rasuah sakan tu?"

Dah ada yang bertanya
Saya kata "saya tak tahu apa-apa"
Kes masih dalam siasatan sahaja
Tuduh belum tentu ada

Bunyi pada nilai sakan juga
Tetapi nak hentam ikut suka, itu tak adil namanya
Biarlah SPRM buat kerja
Kita pulak nampak berlebih kenapa

Yang ditangkap ramai mana
Siapa dan apa jawatannya
Ramai dah tahu cerita
Orang kita, pandai kalahkan kita yang jadi lawyer

Kereta mewah banyak gila
Beg dan barangan kemas berjuta-juta
Macam-macam dia ada
Tapi itu semua kata berita
Mahkamah dan saksi belum kata apa-apa

Kita dengar berita sahaja
Lepas tu tambah cerita situ sini pula
Cerita penuh belum tentu YA
Lepas tu banyak komen Facebook kita percaya

Biar SPRM siasat depa
DPP kata kukuh, depa akan dakwa
Kalau tak dakwa, mesti ada siasat yang tak kena
Jadi sediakan pop corn atas meja
Takut cerita melarat berepisod lamanya

Hak untuk didengari perlu diberikan pada dia
Beladiri wajib untuk adil bagi semua
Rileks!.. kita tunggu sama-sama
 — feeling sick at Kota Bharu Town.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►