Thursday, April 6, 2017

KAHWIN PEROGOL SEBAGAI PENYELESAIAN KES



Ramai memberikan tentangan. Kenapa nak kahwinkan anak perempuan dengan penjahat dan perogol sendiri.

Kalau dulu biasanya org awam juga menempelak tindakan pendakwaan apabila kes rogol apabila mereka berkahwin, maka kes akan digugurkan. Kata mereka tidak adil. Tetapi ini konsep pembuktian dan fakta yg anda langsung tidak mahu ambil tahu.

Suka dinyatakan rogol sekarang bukan kebanyakan rogol dahulu. Ini bukan kebanyakan cerita tarik masuk semak atau paksaan.

Mereka berzina bukan rogol menangis air mata kerana dipaksa hubungan seks sebaliknya mereka rela yg kemudiannya mungkin kantoi dengan keluarga, timbul kebencian dan marah pasangan, mengandung dan sebagainya yg membawa kepada aduan polis.

Samada perogol itu jahat, yg perempuan juga sama. Bukankah itu prinsip Islam dalam zina.

Sebelum menilai rogol dan justifikasi mana-mana bahagian, fakta penuh perlu dilihat. Kebanyakan rogol berlaku antara kenalan mahupun kekasih yang rela. Berlaku dalam perhubungan sosial yg tidak terkawal. Kesan didikan agama dan jagaan ibu bapa yg cuai.

#hishamnazirdotcom
+60139307961
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►