Friday, April 7, 2017

BUNUH ANAK DI SUNGAI PETANI

SUNGAI PETANI: Penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disembunyikan dalam tong ikan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu di sini, sejak dua minggu lalu, mengejutkan tiga penghuni lain di rumah itu.

Ia berikutan tiada tanda luar biasa termasuk bau busuk dihidu di kediaman itu.

Mohd Hisham Mohamad, 29, berkata penemuan mayat kanak-kanak itu menjawab misteri kehilangan tong ikan yang selama ini digunakannya untuk menadah air di tandas rumah mereka.

Beliau berkata, asalnya rumah unit itu didiami bersama tiga penghuni lain sebelum suspek lelaki berusia 34 tahun itu membawa pulang teman wanita bersama dua kanak-kanak kira-kira sebulan lalu.

"Sejak wanita itu tinggal di sini, kami bertiga jarang pulang ke rumah kerana tidak selesa dengan kehadirannya, lebih-lebih lagi rumah kami dihuni lelaki bujang.

"Selama wanita itu berada di sini, saya tak ada dengar sangat mereka bergaduh atau kanak-kanak dipukul kerana saya jarang ada di rumah.

"Saya perasan tong ikan yang guna untuk tadah air hilang. Masa saya tanya (suspek), dia kata dah bagi orang.

"Saya betul-betul terkejut apabila dapat tahu tong yang hilang itu ada dalam bilik dia dan dalam itu ada mayat pula," katanya ketika ditemui, di sini.

Mohd Hisham berkata, teman wanita suspek meminta bantuan membawa anak perempuannya yang tidak sedarkan diri akibat dipukul teman lelakinya ke hospital.

"Saya bergegas membawa kanak-kanak itu ke rumah jiran untuk disembunyikan.

Waktu itu jugalah dia memberitahu anak lelakinya sudah mati dan mayatnya disorok dalam tong ikan di dalam bilik," katanya.

Mendengarkan perkara itu, katanya, jiran terbabit segera menghubungi polis bagi melaporkan kejadian.

LIKE & SHARE OUR FB PAGE

Update 25.11.2016: kakaknya dah meninggal dunia semalam

-----------

SG PETANI, KEDAH - BUDAK LELAKI 2 TAHUN MATI DIPERCAYAI DIDERA

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui mati dengan mayatnya berkeadaan reput, selepas dipercayai menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Flat Paya Nahu di sini, pagi tadi.

Lebih menyayat hati, mangsa dipercayai meninggal dunia pada 9 November lalu dan mayatnya disembunyikan dalam tong yang disimpan di sebuah bilik di rumah berkenaan.

Kakak mangsa yang berusia empat tahun, ditemui dengan pelbagai kecederaan dan lebam, dipercayai turut menjadi mangsa dera.

Kejadian itu terbongkar selepas berlaku pergaduhan antara ibu mangsa yang berusia 26 tahun dengan suspek, 34, kira-kira jam 1.20 pagi tadi hingga memaksa campur tangan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan kejadian dan sebelum sepasukan anggota dihantar lokasi untuk menjalankan siasatan. Beliau berkata, hasil maklumat daripada ibu mangsa, anggota ya

ng melakukan pemeriksaan menemui mayat dibungkus dengan beberapa helai kain disimpan dalam tong ikan yang ditutup rapi di rumah terbabit.

"Wanita itu dan teman teman lelakinya yang masing-masing disahkan positif dadah, ditahan untuk siasatan lanjut.

"Polis kini dalam proses mendapatkan perintah tahanan reman ke kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Sungai Petani.

"Sementara itu, kakak mangsa yang cedera di muka dan lebam di seluruh badan, dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut," katanya.

Md Zukir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan 325 Kanun Keseksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/216189
 — at Hisham Nazir & Co - Www.hishamnazir.com.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►