Tuesday, January 26, 2016

SOALAN - "Kalau kes ini saya kena penjara juga ke?"

SOALAN - "Kalau kes ini saya kena penjara juga ke?"
Banyak pertuduhan ada penjara mandatori. Jika sedemikian, maka penjara tidak boleh dielakkan. Jika tiada minima maka boleh dikenakan penjara seminimum sehari.
Dahulu penjara sehari boleh keluar petang atau polis bagi keluar awal sikit. Tapi sekarang perlu dilepaskan melalui Jabatan Penjara Malaysia dan bukan lagi di Mahkamah oleh pihak polis.
Ada juga kes penjara mandatori yang ada minimum seperti 6 bulan atau setahun. Maka tidak boleh dielakkan pemenjaraan sekiranya sabitan dibuat ke atas Orang Kena Tuduh samada selepas bicara mahupun pengakuan salah direkodkan.
Nak lepas juga BOLEH. Peguambela kena mohon satu hukuman BON KELAKUAN BAIK kepada sabitan berkenaan. Kalau rasa adil kepada OKT mahupun orang awam serta perundangan, Mahkamah tidak keberatan untuk membenarkannya.
"Harap sikit ada paham!"

Lebih up to date di Facebook - Hisham Nazir



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►