Thursday, March 26, 2015

RAYUAN JENAYAH HANYA TERHAD KEPADA KETERANGAN YANG ADA


RAYUAN JENAYAH HANYA TERHAD KEPADA KETERANGAN YANG ADA

Baru 2 minit status di bawah, dah ada yang bertanya. Rasanya dah pernah menerangkan perkara ini. Saya cuba terangkan dalam ayat mudah sekali lagi.

Setiap kes ada hak untuk didengar sebanyak 3 kali iaitu perbicaraan sekali dan 2 kali untuk rayuan (jika ada). Contohnya seperti kes status di bawah, mulanya kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Maka prosidingnya berlangsung dengan ramai saksi pendakwaan. Sekiranya prima facie berjaya ditimbulkan, maka pembelaan akan dipanggil memberikan keterangan. Maka akan berjalan prosiding melibatkan saksi-saksi pembelaan pula. Ini termasuk ekshibit-ekshibit daripada piha pendakwaan dan pembelaan. Kemudian keputusan akan dibuat oleh Hakim Bicara.

Namun apa jua keputusannya, jika ada rayuan dibuat kepada Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa rayuannya (dalam kes di bawah ialah Mahkamah Rayuan) maka tiada lagi prosiding melibatkan saksi dan ekshibit.

Yang ada hanya hujahan perundangan atau fakta oleh peguambela berdasarkan Nota Keterangan dan juga dokumen-dokumen yang dilampirkan di dalam satu ikatan yang di sebut sebagai Rekod Rayuan. 

Tiada hujahan diluar daripada skop yang dibangkitkan di Mahkamah asalnya boleh dibangkitkan kecuali hujahan mengenai perundangan dalam beberapa sudut.

Masih ramai terpedaya dengan hindustan movie yang asyik berhujah dan bercakap serta ambil keterangan pada masa yang sama. Ataupun kalau kalah kes, boleh cari peguam buat balik perkara sama semasa rayuan..

Tak gitu ek..
 — at Hisham Nazir & Co.

1 komen:

eLLiSa~ said...

SAYA PERLUKAN PEGUAM PEMERHATI...emel saya marlissa09@gmail.com

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►