Thursday, November 27, 2014

MAHKAMAH BEBASKAN 5 PEMUDA DARIPADA PERTUDUHAN CULIK DAN MEMILIKI WANG TEBUSAN


Melaka: Mahkamah Tinggi hari semalam menyampaikan keputusannya terhadap pertuduhan ke atas 5 pemuda bagi kes culik tahun 2010. Dalam keputusannya, Yang Arif Hakim Dato' Zulkifli bin Bakar memutuskan bahawa kes tersebut telah didengar dengan panjang lebar atas faktor pemanggilan saksi yang ramai termasuk panggilan semula. Juga faktor melibatkan 3 peringkat iaitu pendakwaan, pembelaan dan rebuttal.

Mahkamah juga menyatakan keterangan Faisal Harith yang  juga dikenali sebagai Abang Teh semasa peringkat rebuttal amat menjanggalkan apabila keterangan beliau bukan sahaja bercanggah dengan keterangannya sendiri tetapi bercanggah dengan keterangan pendakwaan dan pembelaan.

Daripada keterangan Faisal Harith juga Mahkamah melihat banyak keraguan ditimbulkan oleh beliau dan pihak pendakwaan apabila terdapatnya fakta bahawa beliau adalah perancang utama kepada penculikan tersebut tetapi menyatakan telah menarik diri pada saat akhir. Jika itu dilihat benar, kenapa saksi ini tidak dijadikan crown witness kepada pendakwaan semasa kes pendakwaan dan juga terdapat tindakan buang daerah ke atas beliau atas sebab kes culik.

Selain daripada itu banyak lagi percanggahan lain yang dibangkitkan oleh Mahkamah yang menyebabkan keraguan timbul dan memberikan kelebihan kepada pembelaan oleh saksi rebuttal pendakwaan sendiri,

Setelah menilai semula keterangan pendakwaan dan pembelaan serta fakta dan dapatan Mahkamah, Mahkamah dapati pendakwaan gagal membuktikan satu tahap melampauai keraguan munasabah. Maka Mahkamah memutuskan untuk membebaskan dan melepaskan kesmeua tertuduh di bawah seksyen 3 Akta Culik 1963.

Bagi pertuduhan pilihan atau pindaan yang boleh dipinda atau dikenakan atas faktor penemuan wang tebusan bersama tertuduh-tertuduh, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa setelah dipertimbangkan kesemua fakta, pendakwaan juga gagal untuk memenuhi elemen-elemen di bawah seksyen 5 untuk pertimbangan pihak Mahkamah untuk meminda pertuduhan sekiranya perlu.

Sehubungan dengan itu mahkamah membebaskan dan membebaskan kesemua 5 tertuduh.

[Emosi gagal dibayangkan untuk ditulis]

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►