Tuesday, August 13, 2013

Curang: Pesanku Buat Wanita dan Lelaki


Dalam banyak hal, perempuan memang lebih bijak. Uichi setuju dengan pernyataan akhbar ini atas pengalaman kerja dan hidup. Dalam masa terdekat ini juga ada 2-3 kes terdekat rakan-rakan musnah  rumah tangga mereka dengan isu ini.

Tetapi lelaki lebih cenderung kepada kecurangan. Kecederungan itu turut ditambah dengan kebodohan dan perasaan semulajadi. Lelaki memang tidak sebijak wanita kerana dalam bab ini, itu lumrah lelaki. Sebab itu lelaki dibenarkan poligami.

Tetapi wanita susah untuk jatuh cinta kepada lelaki lain. Bagaimanapun kemungkinan tetap ada dan disediakan ruang dan jalan pernyelesaian rumah tangga melalui perceraian melebihi dengan cara yang dimiliki lelaki. Wanita patut melaluinya. Sebagaimana lelaki dipesan jelas oleh Allah "ambik dengan baik atau lepaskan mereka dengan baik", wanita patut melalui jalan sah dan baik untuk keredhaan.

Buat wanita, semua boleh bincang. Bawa berbincang, selesaikan masalah dengan baik. Jika itu menjadi asbab kepada keinginan curang.

Buat lelaki, kalau mampu adil, ambil sahaja mereka sebagai isteri yang halal. Agar mereka tidak dinafikan hak mereka. Sebaiknya melalui kompromi isteri sedia ada. Lagipun tanggungjawab dan syurga neraka kamu masih di dalam lingkungan amanah yang ada pada mereka.

Pakat beringat!



0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►