Tuesday, August 7, 2012

Kahwin Sejenis - Anda Geli Sebab Moral Atau Anda Sebagai Orang Beragama

Gambar terus kredit dan link paste daripada sini

Dikalangan orang barat dan mana tempat yang membenarkan perkahwinan sejenis pun dahulunya dihalang dan dibantah sekeras mungkin kepada hubungan secara tersembunyi mahupun terangan kepada hubungan sejenis. Apatah lagi wujudnya satu institusi keluarga daripada 2 manusia yang sama jantina. 

2-3 tahun lepas seorang tua mendengus dari belakang Uichi Gaban melihatkan perlakuan pengkid dari jauh. Katanya "Pepek sama pepek dan keris sama keris mana boleh. Tak sedap. Tuhan laknat pulak. Baik cari yang sedap dan nikmat, tuhan pula suka" (maaf ayat agak kasar dan lucah tetapi senang nak faham)

Tetapi sekarang tempat dan negara itu sudah sunyi dan tiada laungan penuh majoriti kepada isu ini memandangkan disenyapkan atas kebodohan manusia sendiri atas dasar hak peribadi dan asasi kepada hidup individu. Sedangkan dulu banyak tentangan berdasarkan agama yang mana sosial dan kehidupan selari dengan kehendak agama yang mana turut mengiktiraf pasangan hanyalah daripada kalangan wanita dan lelaki sahaja.

Apabila kita mula menyokong samada terang atau di bawah sedar kepada kononnya itu hak asasi dan kebebasan individu seterusnya menafikan hak tuhan, maka kucar kacir kehidupan manusia dibuat atas fikiran sendiri tanpa merujuk kepada agama dan hak semulajadi alam ini. Seterusnya isu ini senyap dan secara perlahan akan diterima secara tidak langsung. Masa itu, kita tak mampu bersuara untuk menolak 'budaya' itu. Bersuara sekalipun, suasana menjadi kedap. Tidak ada makna lagi.

Lagi sejarah menunjukkan kepada kita kekotoran politik yang mengambil kesempatan dalam soal ini menjadikan ia lebih cepat menjadi budaya yang valid dan diterima.

Gambar terus kredit dan link paste daripada sini

Malaysia pun pernah bising mengenainya tentang orang Petaling Jaya ini. Dah kahwin pun, tetapi keberanian membuat majlis atau makluman terbuka mengenai kedudukan status serta amalan sonsang ini akan memberikan kesan jangka masa panjang baikpun pendek kepada budaya agama di Malaysia serta pemikiran asas budaya orang Malaysia yang rata-rata sekarang lebih kepada agama ikut-ikutan dan ateis (tidak percaya kepada tuhan/agama) samada tidak percaya secara total atau tidak percaya kerana tidak mengamalkan.

Ini bukan soal bangsa dia atau agama keturunannya. Tetapi apa kata agama anda mengenainya. Ada terima budaya ini dan ada pandangan tak terima?, agama anda tidak stabil bagi Uichi Gaban kalau sedemikian pandangan agama anda.

Bagaimana pandangan keluarga anda. Bapa Ibu yang melahirkan dan membesarkan. Adik-Abang yang turut membesar bersama dan masyarakat yang lain. Apa pandangan mereka kepada budaya ini? Pernah anda sebagai sebahagian daripada individu sebegini memikirkan dan membayangkan perbuatan laknat seks terlarang mahupun perbuatan dan tindakan sumbang mesra dalam cinta terlarang.?  

Cuba lah anda bayangkan sekali. Uichi Gaban memang termuntah memikirkan.

Bila berbudaya sedemikian, apa anda dapat? 

Bagi yang Muslim, dekat-dekatkan dengan Quran. Buat yang wajib dan tinggalkan yang haram sudah cukup untuk membimbing menjadi Mukmin yang baik. Uichi Gaban sekadar berpesan agar pesanan menjadi tiket sandaran kepada ingatan kerdil insan seperti Uichi Gaban kepada teman dan rakan semua.


1 komen:

Anonymous said...

wekk!

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►