Saturday, July 7, 2012

Barangkali Kerana Seks Emosi Tak Stabil


Jenayah rogol berlaku bukan sahaja atas peluang yang ada. Samada rela atau sebaliknya. Maka kaum hawa tolong beringat supaya tidak memberikan peluang dan idea kepada lelaki. Bila terjadi sememangnya salah si lelaki tetapi wanita turut menyumbang kepada jenayah sedemikian. Bukankah membuka aurat merendah saham kamu.

Kerana seks rumah tangga boleh kacau bilau. Gila seks boleh suami kahwin lagi dan lagi. Tak cukup dengan itu boleh pulak disimpan sana dan sini. Uichi Gaban kekadang terfikir, kuat mana sangat nak melayan. Bila nak fikir soal tanggungjawab kepada isteri dan anak serta kepada Tuhan. Mampu adil, silakan.. Bukankah itu sunnah, tapi biar yang fardhu ain juga tak terabai.

Itu kalau dapat atau nak lebih. Yang dapat yang tak cukup atau tak hebat pikatnya, celaru juga di 'mangsa seks'. Kerana demikian rupa handsome hilang, perangai menjadi sasau dan setan. Sabar dan berpuasa kerana itu lebih baik.

Jangan kerana masalah nafsu anda, semua terpalit sama. Kena marah, kena masam muka macam-macam lagi sebab seks tak cukup atau tak dapat.. Sabar naa

Cuma moral of the story hari ini, Uichi Gaban nak ceritakan bagaimana Saujana Muzahem of Umr (gambar di atas) telah ditempatkan bersama F1 Bengal Uichi Gaban, Saujana Mayyadah of Albi. Mungkin F1 sifatnya jual mahal sebelum kenal. Kucing lain dia boleh 'rogol'. F1 agaknya tak berani dia nak masuk. Time nak mandikan Muzahem, diterkam bak harimau. Betul-betul depan muka kita. Nasib baik ilmu Gayong ada dan gaya elakan digunakan tapi kena 10-15 cakaran harimau versi original. 

Sekarang masih berdenyut!


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►