Wednesday, March 28, 2012

"At least you tell me the truth"


Masyarakat Malaysia terutama bukan kawasan bandar masih melihat kerjaya peguam dan peguam itu sendiri sinonim dengan pembelit dan penipu. Apa yang dicakapkan bukan semua boleh digunapakai. Uichi Gaban menolak pandangan ini bukan kerana Uichi Gaban sendiri peguambela tetapi itu pandangan kolot dan kesilapan dan sejarah buruk mereka dengan peguam tidak memberikan persepsi buruk kepada semua peguam patutnya.

Apa yang penting, Uichi Gaban tak mahu jadi sedemikian. Biar tak kaya tapi asalkan tenang. Duit boleh dicari. Bukan manusia yang menjamin kita rezeki, tetapi Allah. Apa yang dirisau soal wang dan pangkat.

Ramai peguam jujur boleh berjaya dalam dunia ini. Maka salahlah persepsi bahawa orang jujur tak mampu "survive".

Ada satu ketika bila perasan ada kekurangan, terpaksa Uichi Gaban memaklumkan kepada Mahkamah mengenai perkara itu. Tergelak Majistret sehingga Hakim, tapi mereka kata "At least you tell me the truth". Duit boleh cari boh!

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►