Sunday, April 3, 2011

Shaheizy Sam Paling Popular Tahun 2010? Atau Kita Lebih Popular?


Uichi Gaban tengok senarai list blog follower sendiri malam ini, kebanyakan dah kemaskini artikel mereka mengenai Anugerah Bintang Popular 2010. Semua kata pemenang tu kegemaran mereka. Menang besar katanya. Semua berebut nak kemaskini mengenainya.

Apa yang penting dan menarik dalam ABPBH malam tadi yang sempat Uichi Gaban terserempak di facebook antaranya bagaimana kebanyakan artis malam ini bersyukur dan menyebut nama Tuhan. Ada lubang taubat kalau silap. Ada jalan besar untuk U turn kalau salah haluan.

Teringat suatu ketika ada orang tua berkata-kata. Katanya-

Kenapa kita bangga orang hebat sedangkan kita lupa yang kita lagi hebat. Cuba tengok kita, semua cukup dan Allah melaksanakan keadilannya pada kejadian kita. Kita sempurna pada kejadian walaupun ada yang labelkan kita ada kekurangan.

Yang penting kita lebih dari Allah SWT, kalau tidak masakan rumahNya kita tidak singgah lagi. Tidak singgah lebih kerap. Sudah tentu kita lebih hebat..

Aduh! Pedih sekali..

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►